Friday 26 March 2021

DANIEL DAN DARWISH LARI DARI RUMAH - JINGGA13 RAYU BANTU CARI MEREKA

Dua anak kepada Bendahari Jingga13 Kuantan iaitu MUHAMMAD DANISH DANIEL (15 Tahun) dan MUHAMMAD DANISH DARWISH (13 Tahun) telah lari daripada rumah jam 3 pagi . 

Justeru sesiapa yang menjumpai 2 anak ini sila hubungi ibu mereka di talian 013-949 3222 (Untuk Call sahaja ) atau whatsup ke 011-25420009 atau bawa ke Balai Polis berdekatan . 

Thursday 25 March 2021

SEMPENA HARI POLIS KE 214 , JINGGA13 KLUANG DAN PKR KLUANG ZIARAH PRIHATIN SARJAN (B) WAHAB DERITA SAKIT TUA

Khamis, 25 Mac 2021 bertrmpat di Taman Lambak, Kluang sempena Hari Polis, Jingga 13 Kluang bersama Keadilan Kluang mengadakan ziarah prihatin kepada Sarjan (B) Tuan Haji Abdul Wahab bin Sutan dirumahnya petang tadi.


Tuan Haji Abdul Wahab yang berusia 88 tahun mengalami sakit tua, hanya terbaring dirumahnya, beliau bersara dalam usia 60 tahun.

Kunjungan kemi disambut ramah oleh isteri dan anaknya, sempat bertanya khabar kepada Tuan Haji Abdul Wahab.



Turut hadir bersama2 dalam kunjungan petang ini, Sdr Kalytas, Ketua Cabang Kluang dan barisan ajk Cabang Kluang.

Sumbangan barangan makanan, kain pelikat dan pampers dewasa dihulurkan dalam kunjungan tersebut. Terima kasih kepada para penyumbang terutama SV Prohealth Pharmacy yang menyumbang pampers tersebut.

Sebelum pulang, kami dihidangkan dengan sedikit juadah oleh keluarga tersebut.


#PolisDan MasyatrakatBerpisahTiada

#Jingga13Kluang

#SelamatHariPolis

Wednesday 24 March 2021

JINGGA13 SEKIJANG BERSAMA YB NATRAH SAMPAIKAN SUMBANGAN PROGRAM JEJAK KASIH PADA 27 PENERIMA

*Program Jejak Kasih* dan menyampaikan sumbangan barangan keperluan  harian daripada Pusat Khidmat Parlimen Sekijang oleh Jingga13 Sekijang  



Pada hari ini kami bersama YB Hjh Natrah Ismail menyampaikan sumbangan sebanyak 27 buah keluarga untuk kawasan Bukit Siput, IOI Bandar Putra, Paya Pulai, Kg Pogoh, Kg Tengah dan Gelang cincin sambil itu dapat juga kami beramah mesra dan berkongsi maklumat penjagaan kesihatan sesama mereka. 

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Hjh Natrah selaku AP Sekijang yg dapat meluangkan masa bersama menyampaikan sumbangan tersebut. Terima kasih juga kepada rakan rakan yg turut sama.








#muafakat*perihatin*berani.

JINGGA13 SEKIJANG SANTUNI WARGA ASNAF DI PROGRAM JEJAK KASIH BERSAMA PUSAT KHIIDMAT AHLI PARLIMEN SEKIJANG YB NATRAH

Jingga13 Sekijang terus bergerak dalam Program Jejak Kasih bersama Pusat Khidmat Parlimen Sekijang untuk menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian  pada 23 Mac 2021

Hari ini kami menyampaikan sumbangan utk 4 buah keluarga di Felda Redong, sempat juga kami bertanya khabar dan berkongsi info kesihatan sesama mereka. Didoakan mereka sihat dan ceria dalam menjalani kehidupan seharian. 


Sekali lagi ami mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Hjh Natrah selaku AP Sekijang yg mengizinkan kami menyampaikan sumbangan tersebut. Terima kasih juga kepada rakan rakan yg turut sama.

#muafakat* perihatin*berani

Tuesday 23 March 2021

JINGGA13 KLUANG SAMPAIKAN SUMBANGAN BUAT PUAN AIDA , DERITA KANSER PAYUDARA DAN TULANG

Sabtu, 19 Mac 2021 lalu di Tamsn Sri Kluang, Kluang , Jingga13 Kluang menyampaikan sumbangan kepada Sdr M.Ishamuddin bin Khalid untuk keperluan isterinya, Pn Aida binti Yusoff yang mengidap penyakit kanser payudara dan kanser tulang yang membuatkan dirinya lumpuh, hanya terbaring diatas katil.

Sumbangan berupa Paip Saluran Kencing, Beg Saluran Kencing dan Tissu Basah disampai Sdr Jaafar, Koordinator Jingga13 Kluang merangkap Setiausaha Keadilan Cabang Kluang.

Terima kasih kepada SV Prohealth Pharmacy Sdn Bhd yang begitu prihatin dengan menyediakan barangan sumbangan tersebut.

Diharap dengan sumbangan ini, dapat meringankan sedikit beban En M.Ishamuddin.


#Jingga13Kluang

#KeadilanKluang

#KamiPrihatin

JINGGA13 SEKIJANG LAKSANA PROGRAM JEJAK KASIH SAMPAIKAN SUMBANGAN DARI MP SEKIJANG

 Jingga13 Sekijang telah mrngadakan Program Jejak Kasih dan menyampaikan sumbangan barangan keperluan  harian daripada Pusat Khidmat Parlimen Sekijang.

 *Tarikh:* 21/3/2021

1) 2 keluarga di IOI Bandar Putra


2) 2 keluarga di Ladang Genuang IOI. 


3) 3 keluarga di Ladang RISDA Kg Sekijang. 



4) 2 keluarga di FELCRA Kg Sekijang. 


5) 2 keluarga di Kg Sri tuah. 


6) 1 keluarga di Kg Melayu Raya. 

7) 2 keluarga di Ladang New Pogoh. 

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Hjh Natrah selaku AP Sekijang yg mengizinkan kami menyampaikan sumbangan tersebut. Terima kasih juga kepada rakan rakan yang turut sama.

Sunday 21 March 2021

JINGGA13 KLUANG RAYU BANTU NEK SIAH , RUANGAN DAPUR MAKIN MEREPUT DAN KESELAMATAN TIDAK TERJAMIN

ingga13 Kluang menerima aduan tentang sebuah keluarga warga emas yang sangat-sangat memerlukan pertolongan bagi meneruskan kehidupan.

Atas sikap prihatin, Jingga13 Kluang telah pergi melawat warga emas tersebut pada hari Selasa, 16 Mac 2021.

Warga emas tersebut, Pn Siah binti Kassim, 85 tahun tinggal bersama anaknya, Pn Rokiah binti Hussien yang juga warga emas berusia 62 tahun. Pn Rokiah terpaksa bekerja sebagai pencuci pingan mangkok di sebuah kedai makan, berdekatan dengan rumahnya.



Keadaan rumahnya, di Taman Desa amat menyedihkan, ruangan dapur untuk memasak tidak dapat digunakan lagi kerana terlalu banyak yang bocor, apabila hujan, air semua akan masuk.







Didalam ruangan rumah yang sempit itulah, mereka memasak, tidur dan sebagainya, wayar2 elektrik juga dalam keadaan yang tidak sempurna.




Disini saya merayu kepada insan prihatin yang dapat membantu membaiki ruangan dapur rumahnya dengan anggaran kos RM3000.00 agar keluarga ini dapat meneruskan hidup dalam keadaan yang lebih selesa dan selama

Insyaa Allah, Jingga13 Kluang akan mengadakan gotong-royong membersihkan rumahnya pada hari Ahad, 28 Mac 2021.