Saturday 13 March 2021

JINGGA13 MALAYSIA JANGKA PRU15 PALING KOTOR DALAN SEJARAH

 *Kenyataan Media

JINGGA13 Malaysia* 


13 Mac 2021 


JINGGA13 MALAYSIA JANGKA PRU15 PALING KOTOR DALAN SEJARAH 

Jingga13 Malaysia menjangkakan Pilihanraya Umum ke 15 (PRU15) akan mencatat sejarah sebagai pilihanraya yang paling kotor. 

Sudah pasti sogokan wang, projek, ugutan, tekanan serta salahguna kuasa termasuklah memperalatkan Agensi-Agensi Penguatkuasaan Kerajaan akan berlaku dari sekarang sehingga ke PRU15 untuk terus kekal berkuasa. "Matlamat menghalalkan cara" akan berlaku dan dilakukan oleh ahli-ahli politik tertentu yang rakus untuk kekal berada di tampuk kuasa. Ramai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri akan diminta menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri PN melalui sogokan wang, ugutan dan tekanan melalui agensi-agensi tertentu.

Mereka mempergunakan kesusahan & kesengsaraan Rakyat terutamanya di dalam suasana pendemik Covid-19 sebagai alat untuk memperolehi sokongan Rakyat secara menjelekkan dengan menggunakan wang atau material untuk "membeli" seberapa banyak undi yang boleh. 

Maka bertaburanlah "kepala Agong" yang akan dijadikan bahan kempen. Budaya politik lama akan terus kekal relevan bagi mereka yang mengkhianati mandat Rakyat, yang penting untuk mereka ini hanyalah undi. Rakyat yang berprinsip sahaja akan terus kekal utuh.

Mereka sudah "mabuk kuasa'', mereka tahu bahawa mereka telah merampas kerajaan secara jijik. Rakyat pada hari ini melihat para pengkhianat dan "katak-katak politik" sedang ghairah mewarnai suasana politik negara yang tercinta. 

*"Rakyat Hakim Negara"*! Rakyat mampu untuk membuat keputusan yang terbaik, samada mengekalkan ahli-ahli politik yang korup untuk terus berkuasa atau sebaliknya. Kita sudah punyai pengalaman sewaktu PRU14 dan mencatat sejarah yang Rakyat mampu menumbangkan kerajaan koruptor yang gayat mengamalkan kleptokrasi kerana "Suara Rakyat Suara Keramat".

*muafakat*prihatin*berani*


FARIZ MUSA

Ketua Kooordinator 

Jingga13 Malaysia

KETUA KOORDINATOR KAURANTUN RUMAH 10 HARI KERANA JALANI UJIAN COVIIC-19

Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia , Fariz Musa kini menjalani kuarantin rumah kerana telah menjalani ujian swap Covic-19 bermula semalam selepas di swap di Klinik Kesihatam Daerah Marang .

Ini ekoran dua orang jururawat di Pusat Dialisis Islah , tempat Sdr Fariz Musa menjalani hemodialisis positif Covic-19 uanggap sebagai "contact rapat " dengan dua jururawat tersebut . Maka semua pesakit yang menjalani hemodialisis di pusat dialisis tersebut di arah menjalani ujian swap Covic-19 . 

Semoga Ketua Koordinator selamat dan negatif Covic-19 apabila keputusan yang diperolehi kelak.  Sama-samlah kita mendoakan , Amin . 

Kuarantin yang bermula semalam 12 Mac akan berakhir pada 21 Mac . Selamat menjalani kuanrantin Cheif ! 

Friday 12 March 2021

JINGGA13 SELANGOR ZIARAH PRIHATIN SDR BALAKUMARAN PESAKIT DIABETES , SAMPAIKAN SUMBANGAN DARIPADA YAYASAN AMAN


Jingga13 Selangor merakamkan jutaan terima kasih kepada Yayasan Aman yang telah berbesar hati  menyampaikan sumbangan tunai dan barang keperluan harian.

Jingga13 Selangor ziarah kasih dan menyampaikan sumbangan daripada Yayasan Aman tersebut kepada saudara Balakumaran a/l S. Subramaniam yang kini menghidap penyakit diabetes dip mana kedua-dua belah kaki beliau kini berlubang dan menyebabkan beliau sukar untuk bekerja kerana tidak mampu berdiri lama.


Menurut Sdr Mikheal Iskandaar Abdullah , Koordinator Jingga13 Selangor merangkap Timbalan Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia ."Kerja sambilan, beliau  mengutip kotak kitar semula di sekitar kawasan perumahan beliau.Kini beliau tidak dapat menjalankan kerja kerana kereta dimilikinya telah di tarik oleh pihak bank pada (Khamis 11 Mac 2021) ".

Di samping itu, beliau juga ada tiga orang anak yang masih bersekolah tetapi akibat kekangan ini, ketiga-tiga orang anaknya terpaksa berhenti sekolah dan bantu beliau.

Kini, hanya isteri beliau yang berniaga nasi lemak pada waktu siang.

Dengan ini, Jingga13 Selamgor berharap Tuan/Puan mampu menghulur tangan bagi meringankan beban beliau.

Segala butir saudara Bala adalah seperti tertera: 

Nama Penuh - Balakumaran a/l S. Subramaniam 

Nombor ACC - Maybank 114197316379

Nombor HP - 0162815813

Alamat - S.259 (bersebelahan Nurseri pokok) Jalan Tropicana Utara 

47410 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Tuesday 9 March 2021

JINGGA13 BERA SANTUNI WARGAEMAS HADIAH TELEKUNG SOLAT DAN SURAH YASSIN SEMPENA HARI WANITA 2021

Jingga 13 BERA menjalani Ziarah Kasih menyatuni 4 warga emas sempena Hari Wanita pada 8.3.2021 di Felda Tementi  ,  Rentam dan Triang 1 dengan  menghadiahkan telekung sembahyang dan surah Yassin . 


Koordinator Jingga13 Sdri Fieza bersama komrad-komrad Jingga13 Bera iaitu Sdr Rahmat. Sdri Norzatul Asyiqi dan Sdri Norazaln Zain turut hadir bersama falam ptpgram xiaeah kasih tersebut . 






JINGGA13 KLUANG BERSAMA KEADILAN KLUANG ZIARAH KASIH PUAN AIDA DERITA KANSER PAYUDARA DAN TULANG RAPUH SEMPENA HARI WANITA

 Sempena Hari Wanita, 8 Mac 2021, Jingga 13 Kluang bersama2 Keadilan Kluang meluangkan masa melawat keluarga Sdr M. Ishamuddin bin Khalid di rumahnya , Tmn Sri Kluang.

Isterinya, Pn Aida binti Yusoff, 39 tahun mengalami kanser payudara dan kanser tulang rapuh yang membuatkan lumpuh, hanya terbaring di katil.

Sempena Hari Wanita, kami hadir memberikan semangat agar Pn Aida kuat menghadapi penyakitnya.

Sdr M.Ishamuddin terpaksa berhenti kerja untuk menguruskan isterinya dan juga seorang anak yang masih kecil.

Sumbangan barangan makanan dan juga barangan keperluan Pn Aida seperti piap saluran kencing, tisu basah dan lain2

Terima kasih kepada semua yang menyumbang terutama SV Prohealth Pharmacy yang prihatin dan banyak membantu Jingga 13 Kluang.

Hadir bersama2 menyampaikan sumbangan,

Sdr Kalytas, Ketua Cabang Kluang

Sdr Jaafar, Koordinator Jingga 13 Kluang

dan barisan AJK

Sdr Zakaria

Sdr Kamarudin

Sdr Johan Arif

Pn Teh Ben Siang

Pn Jyanti


Terima kasih


Muafakat - Prihatin - Berani

JINGGA13 PERLIS ZIARAH KASIH RAIKAN 7 WANITA SEMPENA HARI WANITA 2021

Jingga 13 Perlis telah mengadakan aktiviti Ziarah Kasih di DUN Pauh, Guar Sanji dan Sanglang meraikan 7 orang wanita . 

Wakil Jingga 13 Perlis yang turun padang pada hari itu ialah saudara Hasparizal , Saudara Azzin dan Saudari Atikah dan ditemani oleh Tuan Marja Binti Tuan Mat mantan Ketua Wanita Keadilan Negeri Perlis.

Antara kawasan yang ilawati ialah Padang Chempa, Kg Mua ,Kg Padang Keria dan Kg Cantek Bangun.






Monday 8 March 2021

JINGGA13 MALAYSIA UCAP SELAMAT HARI WANITA KEPADA SELURUH WANITA DI MALAYSIA


 

KEMBARA KASIH JINGGA13 PERLIS DI DUN CHUPING BERSAMA KONVOI MOTORSIKAL , SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA YANG MEMERLUKAN

Pada 7 Mac 2021 yang lalu Jingga 13 Perlis telah menganjurkan satu program iaitu KEMBARA KASIH JINGGA 13 dengan kerjasama sukarelawan bermotorsikal daripada team TST bagi menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan di sekitar DUN Chuping , Padang Besar , Perlis.  Kembara ini bertujuan mendekatkan kumpulan bermotorsikal dan orang awam dengan program-program yang berteraskan kebajikan dan mendekati golongan yang tidak berkemampuan serta menghadapi masalah kesihatan.

 Kumpulan konvoi ini memulakan kembara bermotosikal ini dari Stesen Minyak Shell Kangar dan berhenti di Taman Rekreasi Tasik Melati untuk taklimat konvoi yang disampaikan oleh Saudara Rosmaini mewakili Jingga 13 Perlis. Kemudian kumpulan konvoi ini meneruskan perjalanan ke Batu Bertangkup , Belukar Lenga , Panggas dan Guar Nangka untuk menyampaikan sumbangan barang-barang keperluan yang disediakan oleh JIngga 13 Perlis.




Kembara Kasih Jingga 13 ini seterusnya  ke Banggol Sena untuk sesi penyampaian sijil penghargaan serta makan tengah hari di rumah komrad Jingga 13 saudari Atikah. Penyampaian sijil ini telah disempurnakan oleh Saudara Azzin mewakili Jingga 13 Perlis.Program ini berakhir pada jam 2.00 Petang.











JINGGA13 MALAYSIA DESAK SPRM AMBIL TINDAKAN SEGERA TERHADAP LAPORAN RASUAH OLEH YB NATRAH , AHLI PARLIMEN SEKIJANG

 Kenyataan Media 

Jingga13 Malaysia 

8 Mac 2021


JINGGA13 MALAYSIA DESAK SPRM AMBIL TINDAKAN SEGERA TERHADAP LAPORAN RASUAH OLEH YB NATRAH , AHLI PARLIMEN SEKIJANG


Jingga13 Malaysia mendesak agar satu siasatan dan pendakwaan segera dibuat terhadap laporan yang dibuat oleh YB Natrah Ismail , Ahli Parlimen Sekijang yang telah berlaku cubaan membeli dan memberikan sogokan kepada beliau untuk menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri ' Pintu Belakang' YAB Tan Sri Muhyidin Yassin .

Jingga13 Malaysia yakin , bukan sahaja YB Natrah Ismail , malah ramai lagi Ahli-Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Harapan yang telah atau akan dikunjungi oleh mereka untuk menawarkan janji manfaat yang boleh diperolehi dengan memberikan sokongan kepada YAB Tan sri Muhyiddin Yassin . 

Jingga13 Malaysia bangga dengan tindakan yang diambil oleh YB Natrah Ismail yang juga merupakan Penasihat Jingga13 Johor , yang berprinsip  , tidak mudah goyang walaupun dirasuah serta  pernyataan untuk tidak mengkhianati Parti Keadilan Rakyat dan khususnya para pengundi Parlimem Sekijang dan wajar dicontohi oleh Ahli-Ahli Parlimen .

SPRM jangan 'double standed' siasat dan dakwa segera !


MUAFAKAT * PRIHATIN * BERANI


FARIZ MUSA

Ketua Koordinator 

Jingga13 Malaysia

JINGGA13 SIMPANG RENGGAM BERJAYA DITUBUHKAN

 Setelah beberapa siri perbincangan antara Sdr Jaafar Matek SU Jingga13 JOHOR dengan Sdr Syukri Zakaria diadakan, akhirnya berhasil untuk menubuhkan JINGGA13 SIMPANG RENGGAM.


Simpang Renggam yang sebelum ini terkenal sebagai salah satu CABANG PENGKHIANAT angkara ramai anggotanya berpaling tadah, telah berjaya dipulihkan. Kewujudan Jingga13 Simpang Renggam bukti bahawa masyarakat tetap mahukan pembelaan yang lebih adil. Sambutan terhadap Jingga13 Simpang Renggam sangat memberangsangkan.


Pihak PKR Cabang juga sangat mengalu2kan penubuhannya. Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran Jawatankuasa dalam majlis tersebut. Antaranya, Mr Wong KC, Sdr Faizul And Ghani SU, Hamdan Basiran Ketua Penerangan, Yusof Rahmat Pengarah JPRC, Ketua Wanita, Ketua AMK dan ramai lagi.. Tahniah!!!

Ketua Cabang Mr Wong mengharapkan agar kerjasama antara Jingga13 dengan Cabang akan dipereratkan lagi dan sentiasa berganding bahu bersama demi kebaikkan rakyat khusus dikawasan Simpang Renggam.



Sdr Faizul And Ghani pula menyatakan, penubuhan Jingga13 ini akan memudahkan segala gerakkan dan aktiviti yang akan dijalankan. Beliau akan sentiasa berikan sokongan dan kerjasama serta bersedia bergerak bersama dalam setiap aktiviti yang bakal dijalankan.

Berikut adalah senarai Jawatankuasa Jingga13 Simpang Renggam:


Koordinator : Sukri bin Zakaria

Timb : Nordin bin Abdullah

Setiausaha : Nor Amanina bte Atan

Bendahari : Norlinlydia Erina bte Sulaiman

Jinggawan : Mohd Faiz him Abu

Jinggawanis : Meenachi a/p Munisamy


Ahli Jawatankuasa

Sailejah a/p Serkaran

Munisamy a/l Batumalai

Md Hairon bin Md Taib

Nursuhaiza bte Mohd Nin

Khairul bin Samat

Vijendran a/l Gunasekaran

Chong Wee Cheng

Jingga13 Negeri Johor mengucapkan syabas dan tahniah atas penubuhan Jingga13 Simpang Renggam  dan Sdr Zabidie bin Abas selaku Koordinator Jingga13 Negeri Johor telah menyempurnakan Majlis Tersebut.


Muafakat ~ Prihatin ~ Berani