Thursday, 4 March 2021

JINGGA13 KLUANG BERSAMA PKR KLUANG DAN NGO DEMI MASYARAKAT ZIARAH KASIH SDR SUIB DERITA SAKIT STROK

Selasa, 2 Mac 202 di Tmn Sri Tengah, Kluang .Jingga13 Klyang bersama PKR Cabang Klung dan NGO Persatuan Krbajikan Drmi Masyarakat telah menyampaikan sumbangan barangan makanan dan pampers pakai buang kepada seorang warga emas yang ditimpa penyakit stroke, En Mohamad Shuib bin Mohd Nor di rumahnya, Tmn Sri Tengah, Kluang..

 

Menurut sdr Arif bin Md Yusof. Ketua Penerangan PKR Cabang Kluang dalam laporannya turut merakamkan jutaan terima kasih kepada NGO, Jingga 13 Kluang dan Persatuan Kebajikan Demi Masyarakat yang menyediakan barangan sumbangan

Terima kasih kepada ajk yang terlibat,

Nallatamby

Mathiwanan

Jaafar

Johan Arif


#KamiPrihatin

#KeadilanKlu

Wednesday, 3 March 2021

JINGGA13 SEKIJANG BERSAMA YB NATRAH ZIARAH PRIHATIN SDR ABD GHAFAR YANG DISERANG STROK

 Pada 27/2/21, jam 2.00 PM , Jingga 13 Sekijang bersama YB Natrah Ismail Ahli Parlimen Sekijang merangkap Penaung Jingga13 Sekijang berkesempatan  melaksanakan Ziarah Prihatin serta menyampaikan sedikit kutipan sumbangan  kepada Sdr Abdul Ghafar yang diserang penyakit strok (minor) pada minggu lepas di RISDA Sekijang 

Beliau adalah anggota Jingga13 Sekijang dan juga merupakan mantan Ahli Majlis Majlis Daerah Labis.  

Semoga ianya sedikit sebanyak dapat memberikan semangat untuk terus merawat penyakit beliau. 




Terima kasih juga kepada YB Hjh Natrah dan rakan rakan yang sudi meluangkan masa untuk sama-sama perihatin membantu. Terima kasih. 








Monday, 1 March 2021

JINGGA13 MALAYSIA SAMPAIKAN SUMBANGAN HASIL KUTIPAN DANA "SOLIDARITI BUAT SUAMI SHAH WATI KOORDINATOR JINGGA13 CAMERON HIGHLAND "

1 March 2021 - Felda Sg Koyan 1, Raub, Pahang.-  Jingga13 Malaysia melalui Panatia Keperihafinan dan  Kebajikan telah melancarkan kutipan Solidariti Buat Suami Koordinator Jingga 13 Cameron Highland Puan Shah Wati.

Kutipan sebanyak RM1,500 telah disampaikan oleh Puan Aminur Fathi (Bendahari Jinggawanis Malaysia) bersama Sdr Amizudin Ahmat (Panatia Kebajikan Jingga 13 Malaysia) kepada Pn Shah Wati di kedai buah beliau di Felda Koyan yang menjadi sumber pendapatannya . 

Puan Shah Wati amat terharu dan mengucapkan jutaan terima kasih pada semua yang sudi menyumbang.




Berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya. Semoga Pn Shah Wati dan famili terus kuat dan tabah menmeruskan ujian daripada Allah ini dan sentiasa positif . Diharapkan suami beliau dapat pembebasan segera . Amin .

Jingga13 Malaysia merakamkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang prihatin dengan penderitaan yangg dialami oleh  Pn Shah Watie , suami dan famili beliau  . Semoga Allah membalas jua  .