Saturday, 20 February 2021

SEMOGA TOK AYAH IDRIS KOORDINATOR KEDAH SEGERA SIHAT WALAFIAT , AMIN

Semoga Tok Ayah Idris Othman., Koordinator Jingga13 Kedah segera sembuh  dan sihat walafiat . 

Beliau kini berada di Wad 8, Hospital Metro, Sg Petani , Kedah  Tok Ayah Idris mengalami darah tinggi dan paras gula tinggi.

Sama-sama kita mendoakan agar darah dan paras gula yang tinggi turun dengan segera dan beliau kembali stabil . Amin 


Thursday, 18 February 2021

JINGGA13 PEKAN GOTONG -ROYONG BAIKI ATAP DAN DINDING RUMAH SDR FADLY DARIPADA SUMBANGAN INSAF MALAYSIA

Derita Sdr Fadly sekeluarga akhirnya terubat bila Jingga13 Pekan dan Pahang telah mengambil inisiatif bergoyong -royong membaiki atap rumah dan dinding yang tidak mampu bagi seorang pemotong rumput yang berpendaparan tidak menentu untuk membaiki rumahnya .




Bayangkan selama ini apabila hujan lebat dan ribut yang kuat melanda , Sdr Fadly sekeluarga kebasahan malah menghadapi risiko keselamatan yg tinggi . 




Syukur dalam masa satu hari dapat disempurnakan pebinaan atap dan dinding rumah Sdr Fadly melalui kerja muafakat komrad Jingha13 Pekan bergotong -royong menjalankan kerja tersebut secara sukarela dengan dipimoin seorang tukang kayu yang mahir . 





Menurut Sdr Mat Diah , Koordinator Jingga13 Pekan menyatakan ." Jingga13 Pekan dan Pahang merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan yang sangat tinggi kepaada INSAF MALAYSIA di atas sumbangan RM1000 untuk menmbiayai kos pembelian barangan pembinaan atap dan dinding rumah Sdr Fadly serta beberapa individu yang turut menyumbang setta komitmen daripada Jingga13 Malaysia ".






Sdr Fadly turut merasa hiba dan berterima kasih di atas bantuan yang diberikan , tidak manpu beliau balas  terutama kepada INSAF MALAYSIA dan Jingga13 yang mana telah membaiki atap dan dinding rumahnya yang selama ini langsung tidak dihiraukan terutama Ahli Parlimen UMNO Pekan . 

Semoga Sdr Fadly sekeluarga dapat hidup dengan selesa dan bahagia bersama isteri dan anak-anak beliau . 







Monday, 15 February 2021

JINGGA13 KUANTAN BERSAMA PUSAT KHIDMAT PARLIMEN KUANTAN DAN NGO CUCI RUMAH TOK TA WARGA EMAS USIA 93 TAHUN

Alhamdulilah selesai sudah gotong royong bersih rumah Tok Ta warga emas berusia 93 tahun di Kg Cherok Paloh .


Jingga 13 Kuantan bekerjasama dgnï Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kuantan , Ranting Keadilan Cherok Paloh,Kuantan dan Prihatin My Care Pahang.


Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat,walaupun terdapat gangguan daripada anggota polis agar kami beredar daripada rumah Tokk Ta , namun persediaan awal yang diperlukan telah disediakan,surat kebenaran bertugas dan nama masing2 memang sudah didaftarkan dalam NGO2 sebagai petugas sukarelawan banjir,pasca banjir. Gotong-royong yang bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 6.30 petang.




Walaupun kepenatan tapi bila melihat Tok Ta gembira kami merasa bahgia dan satu kepuasan yang tidak dapat kami ungkapkan dgn kata2....







KEGEMBIRAAN ANDA KEPUASAN KAMI.

BERTEPATAN DGN MOTTO KAMI....MUAFAKAT,PRIHATIN,BERANI.


Ahmad Sharill Ismail

Kordinator Jingga 13 Kuantan.