Saturday 23 January 2021

SEMOGA AYAHANDA KOMRAD FIZA DIBERIKAN KEAMPUNAN DAN KESEMBUHAN OLEH ALLAH SWT , AMIN

Bersama-samalah kita mendoakan semoga ayaanda Komrad Norfazira Ahnad Zaidi , Koorsinator Jingga13 Bera diberikan keampunan , kekuatan dan kesembuhan oleh Allah yang sedang kritikal di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah . Amin Ya Rabbal 'alamin .




Friday 22 January 2021

JINGGA13 PEKAN SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR DI KG LANGGAR , KG GANCONG DAN KG MARHUM , PEKAN

 Jingga13 Pekan yng dipimpin oleh Koordinatornya Sdr Mat Diah Yen telah turun menyampaikan sumbangan barangan makanan kepada mangsa banjir di Kg Langgar ,Kg Gancong  dan Kg Marhum di Parlimen Pekan.

Turut hadit bersama ialah Sdr Razali A. Bakar , Koordinator Jingga13 Pahang dan komrad-komrad Jingga13 Pekan . 

Sdr Nat Diah Yrh menyatakan " sedikit  sumbangan dari kami semoga dapat meringankan beban yang ditangung oleh mereka dalam menghadapi musibah banjir kali ini ". 









Wednesday 20 January 2021

JINGGA13 BERA AGIH BARANG MAKANAN KEPADA MANGSA BANJIR DI KG KUALA BERA

 Jingga13 Bera telah menyampaikan barang makanan kepada 22 keluarga mangsa banjir di Kampung Kuala Bera. 


Menurut Koordinator Jingga13 Bera , Sdri Norafiza Ahmad Zaidi. " Kg. Kuala Bera di antara kampung yang terkesan teruk ekoran banjir yang mengakibatkan kehidupan mereka terjejas , harta benda musnah serta rosak dan sangat menyedihkan , atas keprihatinan itu kami turun untuk sampaikan sumbangan ." 


Turut hadir menyampaikan sumbangan bagi pihak Jingga13 Bera selain Sdri Norfazira ialah Sdr Zamri dan konrad-komrad Jingga 13 Bera .

Jingga13 Bera turut merakamkn jutaan terima kasih krpada para penderma yang sudi membantu dan menghulurkan sumbangan kewangan  bagi membeli barangan makanan seperti beras , gula , gandum dan lain-lain .




Jingga13 Bera mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari warga yang prihatin bagi meringan bebanan mereka .

Tuesday 19 January 2021

JINGGA13 KLUABG ANJUR *BOWLING MUHIBAH JINGGA 13 KLUANG 2021*


πŸ’₯Anjuran Jingga 13 Kluang


*Katogeri Lelaki πŸ‘¨‍⚕️& Perempuan πŸ‘©‍πŸ”§*


πŸ—’ - Sabtu , 6 March 2021

πŸ•— - 2.00 Petang

πŸ› - Ampang Superbowl, Kluang Mall, Kluang Johor


*πŸ”΄ YURAN PENYERTAAN*

       RM35.00 

Setiap Peserta Diberi Tshirt Pertandingan Dan Medal Penyertaan.


*πŸ”΄ HADIAH*


1st- Piala πŸ† & HamperπŸŽ‰

2nd- Piala πŸ† & Hamper πŸŽ‰

3rd - Piala πŸ† & Hamper πŸŽ‰

 Ke 4- 10 - Hamper πŸŽ‰


10 Hamper πŸŽ‰ Cabutan Bertuah


✏️ Pertandingan Dijalankan Secara Individu Lelaki & Perempuan.

✏️ Setiap Peserta Lelaki/Perempuan Akan Dijalankan Serentak.

✏️ Setiap Peserta Akan Bermain Sebanyak 2 Frame.

✏️ Markah Tertinggi Dikira Pemenang Bagi Setiap Katogeri Lelaki/Perempuan

✏️ Terbuka Kepada Ahli Jingga 13 / Keadilan / Pakatan Harapan.


*πŸ”΄ ATURCARA PERTANDINGAN*


✏️ 2.00  PM - Pendaftaran

✏️ 2.45  PM - Taklimat Pertandingan

✏️ 2.50. PM - Pemanas Badan

✏️ 3.00. PM - Pertandingan Bermula.

✏️ 5.00. PM - Pertandingan Tamat

✏️ 5.05. PM - Ucapan Perasmian

✏️ 5.15. PM - Penyampaian Hadiah


*πŸ”΄ PENDAFTARAN LELAKI /PEREMPUAN*


Sila Lengkapkan Google Form πŸ‘‡


https://docs.google.com/forms/d/1PsiBrVIHTdxKIIkPaduEg0ZINx5-YC6Eqydh40x9Aqw



πŸ“£ Peserta Yang Telah Mengdaftar Akan Dimasukan Ke Dalam Group Whatsapp Yang Akan Di Bentuk 


πŸ“£ Bayaran Yuran Pendaftaran Akan Dibankin Ke Akaun Bendahari Yang Dilantik.


Terima Kasih


#MuafakatPrihatinBerani


Jaafar bin Matek

Koordinator Jingga 13 Kluang

JINGGA13 RESCUE TEAM PAHANG BERSAMA NGO DAN JK MASJID KG PADANG , KUANTAN BERSIH RUMAH WARGA EMAS

Banjiir di Pahang kali ini sangat-sangat menyedihkan telah melanda rakyat  Pahang . 

Jingga13 Rescue Team Pahang telah mengambil inisiatif bersama KP-DART dan MyCare Pahang serta Jawatankuasa Masjid Kg. Padang Kuantan telah mrmbantu mencuci rumah warga emas Ahmad Jamal bin Osman berumur 74 tahun di Kg Telok Mukim Kertau, Chenor , Pahang.

Sebelum ini paras air di rumah tersebut telah mencecah siling dan sehingga kini masih tiada bekalan elektrik di kampung berkenaan . Amat menyedihkan ialah banjir tersebut membawa lumpur serta telah merosakkan harta benda , perabut , barangan rlektrik  , pakaian dan sebagainya .