Wednesday 29 December 2021

Misi Bantuan Banjir YB Hassan Abdul Karim bersama Sdr Silvakumar Pegawai Khas YB Hassan dan JINGGA13 MALAYSIA.

Program sumbangan YB Hassan Karim ini telah diserahkan kepada NGO JINGGA13 MALAYSIA yang dipimpin oleh Allahyarham Cikgu Fariz Musa sewaktu hayatnya bagi mengenal pasti mangsa-mangsa banjir yang belum menerima bantuan dari mana-mana pihak sekali gus membuat penyerahan terus kepada penerima.



Sewaktu awal program ini dijalankan, kami dari KELUARGA JINGGA13 MALAYSIA telah dimaklumkan yang Allahyarham Cikgu Fariz Musa baru saja ditidurkan akibat jangkitan virus Covid19. Berpegang pada ajaran dan pesanan terakhirnya 'JINGGA 13 JANGAN PERNAH BERHENTI MEMBANTU RAKYAT YANG MEMERLUKAN' dalam sebak dan gelisah kami gagahi juga diri untuk meneruskqn program yang dirancang.

Bermula di Kampung Baru Hicom, Sukarelawan Jingga13 telah mengagihkan sebanyak 70 set bantuan kepada 70 keluarga yang memerlukan dan masih ramai lagi penduduk kampung tersebut yang mengharap agar ada lagi yang akan datang membantu. Kemudian Sukarelawan JINGGA 13 ke Perumahan Seksyen19 dan mengagihkan kepada 60 keluarga dari 477 keluarga yang memerlukan. Turut hadir membantu menyerahkan sumbangan kami ialah YB Khalid Samad, Ahli Parlimen kawasan dan selebihnya diserahkan ke Dewan Orang Ramai Jalan Cangkul untuk diagihkan kepada penduduk setempat.

Sumbangan berupa; barangan keperluan asas (barang dapur), hand sanitizer, pelitup hidung dan mulut, body shower, sabun mandi, berus gigi, ubat gigi, pembalut wanita, obat nyamuk, selimut bujang, bantal, dan tilam bujang.

Walaupun agihan sumbangan telah habis diedarkan namun keperluan pada mereka masih lagi tidak mencukupi kerana jumlah mangsa banjir ini terlalu ramai dan hampir kesemuanya memang perlu dibantu.

















Kepada Rakyat Malaysia yang dermawan, Dato-Dato, Tan Sri- Tan Sri,Badan-Badan korporat, NGO-NGO dan mana-mana Individu yang ingin menyumbang boleh terus berhubung terus dengan kami ditalian dan no. akaun yang tertera dibawah.👇🏻👇🏻👇🏻



Terima Kasih yang tidak terhingga dari kami kepada Allahyarham Cip kami Cikgu Fariz Musa, YB Pak Hassan Karim & dermawan serta sukarelawan yang selama ini membantu, menderma bagi kamiu di Jingga 13 di seluruh Malaysia bagi menjalankan aktiviti kebajikan kami. 

Hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas jasa semua... Al-Fatihah buat Allahyarham Cikgu Fariz Musa yang telah pergi meninggalkan kita semua.,,

Aamiin Ya Rabbal Alaamiin..