Saturday 25 December 2021

Dato Seri Wan Azizah turun ke Flat Sri Lembayung bagi menghulurkan bantuan segera!

 La Hawla Wala Quwwata Illa Billah..

Terima kasih Kak Wan menghulurkan bantuan segera daripada Yayasan Aman.
Terima Kasih kepada semua sukarelawan Yayasan Aman & Jingga 13 Selangor yang sudi menghulurkan masa dan tenaga selama 4 hari 3 malam membantu misi bantuan kecemasan banjir di check point Flat Sri lembayung, Taman Sri Muda.
Malam tadi selepas mesyuarat selesai tubuhkan jawatankuasa bertindak banjir, Alhamdulillah selepas 3 jam pihak TNB berjaya salurkan bekalan letrik setelah 4 malam tiada letrik. Penduduk hanya menggunakan lilin menerangi rumah masing masing. Kegembiraan teramat sangat.
Terima kasih juga di ucapkan kepada Pengurus TOL LKSA , Pengerusi Surau Ustaz Zul , Abang RELA dan Ketua Ketua Blok 1 hingga ke blok 7 dan keseluruhan jawatankuasa bertindak, banyak memberi kerjasama yg padu menyelaraskan WAR ROOM banjir DATA penghuni.
Sijil Penghargaan drpd Yayasan Aman akan menyusul kemudian.
Inn Sha Allah.
Special Thanks to Shukri Saad , Mikael Iskandar & Afzanizam Ajai Rahman Sumber: Mikael Iskandar @ DK Vikcy