Tuesday 2 November 2021

JINGGA13 SIMPANG RENGGAM DAN PKR SIMPANG RENGGAM SAMPAIKAN SUMBANGAN SEMPENA DEEPAVALI

Jingga13 Simpang Renggam bersama Parti Keadilan Rakyat Cabang Simpang Renggam menghulurkan sumbangan keperluan asas kepada sebahagian masyarakat India disekitar Pekan Renggam untuk persediaan menyambut hari Deepavali.


Jingga13 Simpang Renggam diwakili oleh Komrad Sukri bin Zakaria dan Komrad Zaini , manakala pimpinan Keadilan Cabang Simpang Renggam pula diwakili oleh Uncle Wong Yun Chin (ketua cabang) dan sdr Faizul Abd Ghani (Penyelaras N27 Layang Layang). Turut hadir kepimpinan Keadilan Negeri Johor Puan Zulinah A.Johari (Timbalan Ketua Wanita Keadilan Johor) dan Noor Lyana Ahmad (Timbalan Ketua Srikandi johor).


Seramai 15 keluarga telah menerima sumbangan ini yang terdiri pelbagai latar belakang kehidupan masing-masing . Mereka adalah insan-insan yang hidup serba kekurangan namun bahagia bersama keluarga tercinta . 

Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban serta menceriakan lagi perayaan Deepavali yang akan disambut pada Khamis ini.

Penerima bantuan berterima kasih atas sumbangan yang diberikan.


MUAFAKAT PRIHATIN BERANI


#jingga13simpangrenggam

#jingga13johor

#jingga13malaysia

#keadilanrakyatsimpangrenggam

#penyelarasdunlayang-layang