Thursday 4 November 2021

JINGGA13 MELAKA HULUR SUMBANGAN PRIHATIN SEMPENA DEEPAVALI KEPADA DUA PENERIMA PENGANUT HINDU DI BANDAR MELAKA

Pada 3hb November 2021 , sempena Perayaan Deepavali 2021, Jingga13 Melaka yang diwakili Komrad Shah Kesuma , Koordinator Jingga13 Melaka  menyumbang barangan runcit kepada 2 penerima penganut Hindu yang amat terkesan di bandar Melaka. 


En, Kumaraswamy, 61tahun, tidak bekerja dan merupakan pesakit kegagalan buah pinggang , beliau sekarang menjalani hemodialysis sebanyak 3 kali seminggu. 

Manakala En. Paneer Chelvam, 62tahun, pula adalah seorang "Reformis", bermula dari 1998 lagi , menjadi teman setia/rapat bersama Tokoh Reformis , Mendiang saudara S. Jayathas. Beliau kini mengalami " Right Foot Drop". 

Walaupun serahan sumbangan Jingga13 Melaka itu kecil, kami mengharapkan ia meringankan beban dan membawa senyuman sempena Pesta Cahaya buat mereka sekeluarga.