Tuesday 2 November 2021

JINGGA13 BEAUFORT BERSAMA PKR CABANG BEAUFORT ZIARAH PRIHATIN DI KUALA PENYU , BEAUFORT , SABAH

 Aktiviti JINGGA 13 Beaufort Sabah tanggal 31/10/2021 ,  Ahad dengan mengadakan ziarah prihatin di Kuala Penyu . Turut bersama dalam ziarah prihatin yang dipimpin Koordinator Jingga13 Beaufort Komrad Ibrahim Musa ialah Puan Ernizan Idris Ketua Daerah Mengundi Palu Palu , Puan Erda Idris Setiausaha Wanita Keadilan Cabang Beaufort , Sdri Erna Amira,Timbalan Ketua Srikandi Keadilan Beaufort dan Sdra Ghani, Suin AJK Keadilan Cabang Beaufort .

Ziarah Prihatin 1 




Berziarah prihatin ke rumah Sdra Murni Juhara yang merupakan pesakit diabetis yang telah dipotong kaki kirinya . JInggq13 Beaufort menghukurkan sumbangan Bakul Makanan kepada Sdr Murni yang tinggal di Kg Palu Palu Kuala Penyu . Diharapkan sumbangan tersebut dapat mengembirakan hati mereka sekeluarga .

Ziarah Prhatin 2


Berziarah ke rumah Almarhumah Indu Mazlan Hj Machu di Kg Lubang Daroh Mansud di Kuala Penyu untuk mengucapkan takziah di atas pemergian Almarhumah Indu dan turut menyumbangkan Bakul Makanan bagi meringankan beban keluarga Almarhumah . Semoga Allah mengampuni dosa-dosa Almarhumah Indu dan ditempatkan bersama-sama kekasih Allah SWT . Amin 

Ziarah Prihatin 3

Berkunjung prihatin ke Rumah Cikgu Juni Hj Machu Mantan Ketua Daerah Mengundi Mansud yang sedang sakit . JInggq13 BEAUFORT turut menyampaikan Bakul Makanan bagi mengurangkan bebanan beliau sekeluarga . Semoga Cikgu Juni akan secara sihat dan sembuh . Amin