Wednesday 13 October 2021

JINGGA13 MALAYSIA KECEWA DENGAN SIKAP YANG DI PERTUA DEWAN RAKYAT MENAFIKAN HAK PERBAHASAN ISU PANDORA PAPERS! JINGGA13 BERDIRI TEGUH BERSAMA KETUA PEMBANGKANG

Kenyataan Media 

Jingga13 Malaysia 


14 Oktober 2021

JINGGA13 MALAYSIA KECEWA DENGAN SIKAP YANG DIPERTUA DEWAN RAKYAT MENAFIKAN HAK PERBAHASAN ISU PANDORA PAPERS! JINGGA13 BERDIRI TEGUH BERSAMA KETUA PEMBANGKANG

Jingga13 Malaysia yakin rakyat mengikuti sidang Dewan Rakyat kali ini apabila isu Pandora Papers diutarakan oleh Ketua Pembangkang  DS Anwar Ibrahim untuk dibahaskan sepertimana yang diminta, telah dinafikan dan ditolak sementah-mentahnya sebanyak 3 kali oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Jingga13 Malaysia merasa amat musykil dan sangat kecewa dengan sikap Yang Dipertua Dewan Rakyat yang dilihat bersikap bias kepada para penyangak, perompak dan penyamun serta pemimpin dan VVIP yang memunggah keluar wang rakyat untuk disimpan di luar negara. Transaksi ini melibatkan duit negara bernilai lebih RM 1.8 TRILLION! Yang Dipertua Dewan Rakyat yang mempertahankan mereka kenapa ????

Dalam saat rakyat kelaparan, pengangguran, jurang kemiskinan yang semakin melebar, hidup dalam kesusahan dan kepayahan sudah pasti merasa amat kecewa bahawa pemimpin-pemimpin dan VVIP di negara ini boleh memunggah dan menyimpan kekayaan luar biasa ke luar negara .  

Rakyat Malaysia kini hendak mengetahui kenapa wang tersebut boleh dikeluarkan daripada negara sebegitu banyak? Bagaimana seorang menteri, bekas menteri atau VVIP tersebut boleh memilki wang sebegitu banyak dan disembunyikan di luar negara sepertimana dalam dakwaan Pandora Papers? Para pengkhianat dan perompak ini wajar dibicarakan dan dihukum!

Usul pendedahan Pandora Papers wajar dibahaskan di dalam Dewan Rakyat yang mulia! Bukannya dinafikan dan ditolak mentah-mentah oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat atas pelbagai alasan. Ianya bukannya melibatkan RM100 ribu tetapi ianya melibatkan lebih RM1.8 Trillion wang negara yang dibawa keluar dari negara. Sekiranya Yang Dipertua Dewan Rakyat terus menerus memekakkan telinga dan gagal melaksanakan tugas serta menolak usul ini dari dibahaskan, adalah sebaik-baiknya Yang Dipertua Dewan Rakyat wajib LETAK JAWATAN dan digantikan dengan orang lain yang lebih profesional, berkecuali dan telus!

Jingga13 Malaysia mendesak YAB Perdana Menteri DS Ismail Sabri Yaakob agar segera mewujudkan Suruhanjaya Diraja atau membuka Kertas Putih bagi menyiasat isu ini, seandainya benar YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Keluarga Malaysia menentang  rasuah, penyelewengan, berintegriti dan ianya benar-benar telus atau ia hanyalah  sekadar retorik serta omongan kosong semata-mata dan meneruskan legasi kegagalan kerajaan PN yang lalu!

Jingga13 Malaysia berdiri teguh dibelakang Ketua Pembangkang YB DS Anwar Ibrahim bahawa Yang Dipertua Dewan Rakyat wajib membuka ruang untuk membicarakan dan membahas usul tersebut demi rakyat dan negara Malaysia tercinta. 

Jingga13 Malaysia menyeru seluruh rakyat Malaysia terus mendesak Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Kerajaan Keluarga Malaysia agar isu Pandora Papers ini disiasat dan diambil tindakan agar pengkhianat dan perompak wang negara ini dihukum supaya wang negara yang hilang ini dapat dikembalikan! Selamatkan negara ini! 

Muafakat*Prihatin*Berani 


FARIZ MUSA 

Ketua Koordinator

JINGGA13 Malaysia