Thursday 7 October 2021

JINGGA13 KOTA TINGGI ZIARAH PRIHATIN SDR MAHMOOD DI FEKDA BUKIT BESAR PATAH KAKI KERANA KEMALANGAN

Jingga13 Kota Tinggi telah menziarahi Sdr Mahmood Muridan yang patah kaki akibat kemalangan di tempat kerja di rumah beliau di Felda Bukit Besar.

Disebabkan kecederaan tersebut, Doktor menasihati beliau agar tidak bekerja sekurang2nya selama 5 bulan. Beliau sebelum ini bekerja sebagai Tukang Rumah terpaksa berhadapan dengan masalah kewangan. Dimana pendapatan beliau bergantung kepada jumlah hari bekerja iaitu kerja bergaji hari. Selama tempoh beliau tidak bekerja, beliau tidak punyai pendapatan langsung.


Atas keprihatinan, Sdr Kamaluddin Md Simpol koordinator Jingga13 Kota Tinggi bersama Amil Baitulmal Ustaz Azahari Adam telah hadir berikan bantuan. Sdr Mahmood dicadangkan untuk memohon bantuan sarahidup bulanan daripada Baitulmal agar dapat meringankan perbelanjaan seisikeluarga..

Insyallah segala2nya telah diuruskan dan perlu menunggu sedikit masa lagi menunggu kelulusan Baitulmal.


#MuafakatPrihatinBerani