Saturday 2 October 2021

Jingga 13 Perlis sampaikan 20 kampit beras sumbangan Satu Creative kepada pengurusan Masjid Ali Imran Ulu Pauh

Pada hari ahad yang lepas Koordinator Jingga 13 Perlis saudara Hasparizal bersama Ahli Penasihat Jingga 13 Perlis uncle Cheam telah menyampaikan 20 kampit beras sumbangan Satu Creative kepada Imam Azhar mewakili pengurusan  Masjid Ali Imran Ulu Pauh untuk diedarkan kepada asnaf yang terkesan akibat Covid 19.

Terima kasih diucapkan kepada Satu Creative yang sentiasa menyokong aktiviti Jingga 13 Perlis . Dan tak lupa juga  kepada pengurusan Masjid Ali Imran atas kesudian menerima sumbangan tersebut