Saturday 4 September 2021

JINGGA13 DAN PUSAT KHIDMAT PARLIMEN SEKIJANG BERSAMA YB HJH NATRAH HULUR 32 BAKUL MAKANAN KEPADA KELUARGA ANAK2 OKU DI FELDA PEMANIS

Tanggal 2/09/2021 : jam : 11.45pagi. Tempat : Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Nur Kasih, FELDA Pemanis, Segamat. YB Hajah Natrah bersama team parlimen Sekijang dan  Jingga13 Sekijang menyampaikan bakul makanan kpd 32 orang ibubapa yg mempunyai anak-anak kelainan upaya (OKU) yang mendapat pendidikan di PKD FELDA Pemanis (1 dan 2). 


Menurut komrad Surya Syasharena binti Said , Setiausaha Jingga13 Sekijang , "  Keriangan terserlah di kalangan kanak-kanak ini ketika ibubapa/penjaga mereka menerima bakul makanan. Alhamdulillah "..

Penyampaian bakul makanan oleh Ahli Parlmen Sekijang YB Hajah Natrah dilakukan secara ‘drive through’ atau pandu lalu. Ibubapa/penjaga kepada kanak2 istimewa ini membawa kenderaan sendiri (kereta atau motosikal) dan berada di dalam kereta atau di atas motosikal ketika mengambil bakul makanan. 



Terima kasih kepada Pn Rahimah, Pn Siti Aishah, Pn Zaiton Samad serta individu2 yang terlibat dalam latihan serta pengurusan kanak-anak istimewa ini dan membantu dalam menjayakan program yang yang sangat bermakna kepada keluarga-keluarga yang menerima bakul makanan.





Jom follow & like video ini : https://vt.tiktok.com/ZSJTxWck6/

Terima Kasih

#MuafakatPrihatinBerani