Wednesday 1 September 2021

JINGGA13 SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA ANAK-ANAK YATIM YANG IBUBAPA MENINGGAL KERANA. COVID-19 DI PELABUHAN KLANG

Jingga13 Selangor telah menyampaikan sumbangan daripada Jingga13 Malaysia kepada anak-anak yatim yang telah kehilangan kedua-dua ibu apa mereka kerana pendamik Covic-19 di Pangsapuri Seri Perantau , Pelabuhan Klang .

Sumbangan tersebut disampaikan Komrad Hanafiah dan Komrad Datuk Dr Rahmah Begum bagi pihak Jingga13 Malaysia  kepada adik Cik Intan Iwaniyah binti Mohamad Shuhaimi berumur 19 tahun iaitu anak sulong kepada 5 adik beradik .

Mereka telah kehilangan ibu pada 31 Julai 2021 manakala ayahnya pula pada 7 Ogos 2021 kerana pendemik Covid-19 . Peristiwa yang sangat menyayat hati . Ayah dan ibu mereka pergi tidak kembali  . Semoga Allah menempatkan ibu bapa mereka bersama kekasih-Keasih Allah SWT . Amin .

Jiingga13 Malaysia merayu warga yang prihatin agar dapat menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban kehidupan anak-anak yatim ini dengan menghulurkan sumbangan di Bank Muanalat 14070014334724 di atas nama Cik Intan Iwaniyah binti Mohd Suhaimi .

Terima kasih kepada komrad-komrad Jiingga13 Malaysia yang menghulurkan sedekah / sumbangan . Semoga Allah membalas jua .