Wednesday 1 September 2021

JINGGA13 PAHANG BANTU URUS SUMBANGAN DARIPADA DS WAN AZIZAH KEPADA ANAK-ANAK YATIM KEMATIAN IBU /BAPA KERANA COVIC-19 DI KUANTAN

Jingga13 Pahang melalui Koordinator Jiingga13 Pahang , Komrad Shahril Ahmad telah menguruskan bantuan sumbangan wang kepada Pn Madura Liana Mohamad , balu kepada Allahyarham Awang Ngah bin Ismail yang telah meninggal dunia akibat Covid-19 bagi mewakili DS Dr Wan Azizah Wan Ismail , Pengerusi Yayasan Aman .

Sumbangan tersebut ialah daripada YB DS Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Pengerusi Yayasan Aman kepada anak-anak yatim kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya disebabkan oleh Covid-19.  DS Wan Azizah Wan Ismail sentiasa prihatin terhadap rasa dan derita rakyat terutama anak-anak yang kehilangan ibu atau bapa kerana pendemik Covid-19. Semoga sedikit sumbangan tersebut dapat meringankan beban keluarga . 

Allahyarham Awang Ngah bin Ismail , pergi tak kembali telah meninggalkan 2 orang anak yang masih kecil . Kesedihan cukup dirasai anak-anak tersebut menjadi anak yatim secara tidak disangka-sangka . Semoga Allah menempatkan roh almarhum di tempat orang-orang yang beriman dan kekasih Allah SWT . Amin .

Jiingga13 Malaysia mengalu-alukan individu atau mana-mana pihak yang prihatin yang ingin membantu bolehlah bank in terus ke CIMB Bank , No. Akaun 7057741738 atas nama Madura Liana Binti Mohamed . 

Menurut Koordinator Program Yayasan Aman , Sdr Mikhael Iskandar Abdullah menyatakan ," Sumbangan tersebut telah langsung dimasukkan ke akaun Pn Madura Liana . Semoga sumbangan daripada DS Wan Azizah bagi pihak Yayasan Aman tersebut dapat meringankan bebanan beliau sekeluarga  yang sudah pasti masih lagi kesedihan disebabkan kehilangan insan tercinta ".

Salam takziah daripada Jingga13 Malaysia kepada Pn Madura Liana dan keluarga. Semoga sabar dan tabah menghadapi ujian Allah SWT ini. AL Fatihah .