Monday 23 August 2021

Jingga13 Simpang Renggam Bersama Keadilan Simpang Renggam Ziarah Keluarga Yang Terkesan PKP

Mendengar khabar dari teman sejalur yang keluarga ini baru sahaja mendapat cahaya mata.Kehadiran bayi adalah anugerah yang diberikan oleh Tuhan Yang Maha Esa bagi pasangan suami isteri . Tetapi PKP dan Civid19 telah berubah kegembiraan mereka.

Namun keadaan pendamik Covid19 , arahan kerajaan iaitu 'stay at home' adalah macam satu ungkapan yang senang tetapi hakikatnya ramai yang sangat terkesan . Begitulah juga dengan keluarga En Masudin Bin Kasman yang tinggal Di Sungai Linau Simpang Renggam yang hilang sumber pendapatan sementara 

Atas dasar simpati kami jingga13 Simpang Renggam yang di wakili oleh Koordinatornya Komrad Sukri Bin Zakaria Dan komrad Khairul bin Samat bersama Keadilan Cabang Simpang Renggam yang di wakili oleh AJK Cabang En Md Hairon Bin Hj Taib Serta En Mohd Hanapiah Bin Sahak telah menziarahi keluarga tersebut untuk menghulurkan sedikit sumbangan barangan makanan dan Pampers bayi agar meringankan kesusahan yang ditanggung oleh keluarga tersebut.

Semoga sumbangan kecil ini dapat meringankan sedikit beban mereka sekeluarga,wakil keluarga berterima kasih atas sumbangan.


#rakansejalur

#jingga13simpangrenggam

#jingga13johor

#jingga13malaysia

#muafakatperihatinberani

#keadilancabangsimpangrenggam

#kamuadalahkami