Monday 16 August 2021

JINGGA13 KELANTAN ZIARAH PRIHATIN ASNAF DAN WARGA EMAS DI PASIR MAS, KELANTAN

Jlingga13 Kelantan telah mengadakan program Ziarah Prihatin di Guchil Bayam , Tanah Merah. Kelantan.  Program Ziarah Prihatin Jingga13 Kelantan menyantuni asnaf dan warga emas . 

Komrad Syuzyelawati Safii, Setiausaha Jingga13 Kelantan bersama Bendahari Jingga13 Kelantan Komrad Norrulaini  dan Jinggawanis Rosmielia turun menyampaikan sumbangan barangan makanan bagi meringankan bebanan mereka. 

Rumah pertama yang mereka ziarah ialah Pakcik Zakaria bin Abdullah berumur 60 tahun . Mempuntai 6 orang anak.  Bekerja sebagai tukang urut , namun sejak PKP tidak dapat melakukan perkerjaannya . 

Rymah ke 2 ialah Pak cik Nor dan Mak cik Gayah , mereka berdua adalah warga emas dengan memperolehi pendapatan dengan berjual daun pisang . Mereka berdua juga mempuntai anak OKU berumur 34thn. 

Ziarah Prihatin ke 3 ialah En Syahemi bin Mahmood umur 49 tahun. Isteri beliau Pn Romeeyah bin Yuusoh. Mereka mempunayai 2 orang anak. En Syahemj bekerja sebagai buruh. PKP ini beliau kehilangan kerja dan terpaksa bekerja apa sahaja untuk menyara keluarga.