Wednesday 25 August 2021

JINGGA13 KELANTAN SANTUNI 3 KEKUARGA ASNAF DI KOTA BHARU , KELANTAN

 Jngga13 Kelantan terus komitmen dalam menyantuni para asnaf dengan menziarahi 3 keluarga asnaf bertempat di parlimen Kota Bharu , Kelantan .

Team Jingga130Krlantan telah menziarahi Pakcik Husin bin Rejab , berumur 72 tahun . Beliau menderita sakit sakit saraf . Manakala isteri beliau Makcik Azizah bt Zakaria , berumur umur 68 pula telah mengalami sakit troid dan saraf . Mereka tinggal di  kg Bayam Lundang , Kota Bharu .

Ziarah ke 2 , Jingga13 Kelantan ialah YM Tengku Sabariah bt Tengku Abdul Rahman . Beliau seorang ibu tunggal dan kini berumur 47 tahun . Beliau telah kehilangan suami apabila suami beliau telah pulang ke rahmatullah kerana sakit dan mempunyai 6 orang anak . Beliau terpaksa menjual kuih untuk menyara keluarga . Beliau tinggal di Kg Teluk Bharu , Kota Bharu .

Seterusnya ialah Pn Rohana bt Mohd Noor , berusia umur 50 tahun . Seorang ibu tunggal yang menderitai sakit darah tinggi dan saraf . Tinggal di rumah sewa , dan mempunyai anak 4org .

Diharapkan sedikit sumbangan yang dihulurkan dapat meringankan beban mereka sekeluarga.