Friday 20 August 2021

JINGGA13 DESAK BEBASKAN SEGERA 31 ORANG ANAK MUDA YANG BERHIMPUN KERANA MEMPERINGATI KORBAN COVIC-19 SEJUMLAH 13,480 ORANG

Kenyataan Media
Jingga13 Malaysia 

20 Ogos 2021

JINGGA13 DESAK BEBASKAN SEGERA 31 ORANG ANAK MUDA YANG BERHIMPUN KERANA MEMPERINGATI KORBAN COVIC-19 SEJUMLAH 13,480 ORANG 

Jingga13 Malaysia mendesak agar 31 anak muda daripada Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) yang ditahan di Dataran Merdeka oleh pihak polis kerana memperingati korban Covic-19 dibebaskan dengan segera.  


Tindakan brutaliti pihak polis yang mengheret secara kasar anak-anak muda ke black maria seolah-olah mereka melakukan jenayah yang amat berat adalah sangat dikesali,  sedangkan mereka hanya berkumpul secara aman serta mematuhi SOP . 

Mereka berhimpun kerana memperingati korban kematian disebabkan oleh Covic-19 yang kini  sejumlah 13,480 orang. Satu jumlah yang sangat tinggi yang membuktikan kegagalan kerajaan Perikatan Nasional yang lalu dalam menangani pendemik Covic-19. 

Pihak polis sewajarnya memberikan ruang sebaiknya kepada anak-anak muda ini yang ingin memberikan penghormatan kepada mereka yang telah meninggal dunia disebabkan pendemik Covic-19 dan bukannya menangkap mereka dengan secara kasar. Bebaskan anak-anak muda ini dengan segera !.

Muafakat*Prihatin*Berani 

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator 
Jingga13 Malaysia