Thursday 5 August 2021

BUKTIKAN KEABSAHAN JAWATAN PERDANA MENTERI DAN KERAJAAN PN , JANGAN BERTANGGGUH

 KENYATAAN MEDIA

 JINGGA 13 SABAH


5 Ogos 2021


BUKTIKAN KEABSAHAN JAWATAN PERDANA MENTERI DAN KERAJAAN PN , JANGAN BERTANGGGUH

Kami mengambil maklum kenyataan Media Yab Perdana Menteri TS Mahiaddin yang menyatakan bahawa Kerajaan PN masih mempunyai majoriti yang cukup untuk terus kekal menerajui Kerajaan Malaysia,

Pada masa yang sama,kami juga mengambil maklum kenyataan Presiden UMNO Yb Dato Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 3/8/2021 yang menyatakan bahawa UMNO telah menarik balik sokongan terhadap Kerajaan PN,

Dengan mengambil kira kehadiran 107 Ahli Ahli Parlimen Pembangkang di Dataran Merdeka yang mendesak perletakan jawatan TS Mahiaddin sebagai Perdana Menteri bersama dengan .ahli ahli Kabinetnya, dan ditambah dengan 8 Ahli Parlimen dari UMNO yang sudah menanda tangani Surat Akuan Bersumpah,adalah mustahil untuk Kerajaan PN masih mempunyai majoriti seperti yg diperkatakan,

Jestru,JIINGGA 13 Sabah menyokong sepenuhnya desakan semua Ahli Parlimen pembangkang Malaysia agar keabsahan majoriti Kerajaan PN segera dibuktikan di Parlimen dengan sebeberapa segera,Isu asas ini wajar diselesaikan segera tanpa bertangguh dan dilengahkan. 

JINGGA 13 Sabah juga ingin menyeru kepada semua Ahli Parlimen Pembangkang agar menunjukkan solidariti di dalam menghadapi taktik licik berlengah yg dipraktikkan oleh Kerajaan PN,


Perahu berlabuh di bawah jambatan,

Mudik ke hulu di sungai Pagoh,

Kerajaan PN wajar jantan,

Buktikan keabsahan tanpa bertanggoh, 


Muafakat*Prihatin *Berani


IBRAHIM MUSRA

Setiausaha

 JINGGA 13 Sabah