Wednesday 7 July 2021

PENDERITAAN PAK CIK MAKAN DAUN KERANA TERKESAN PKP MENDAPAT KEPRIHATINAN YB DS WAN AZIZAH WAN ISMAIL

 Pendedahan yang di buat oleh Jinggawanis Jingga13 Malaysia dalam pemauntauan BENDERA PUTIH menjumpai seorang pakcik yang sudah kehabisan barang makanan dan wang terpaksa makan daun di halaman rumah beliau mendapat perhatian YB DSi Dr Wan Azizah Wan Ismail , MP Pandan. Inilah sikap seorang wakil rakyat yang prihatin dengan permasalahan rakyat. 

Kesan daripada PKP #KerajaaGagal sehingga rakyat terpaksa mengangkat BENDERA PUTIH disebabkan sudah tidak mampu bertahan lagi malah amat menyedihkan bila terpaksa makan daun untuk hidup .

BENDERA PUTIH yang diangkat oleh Pakcik Zaidon 

Tindakan segera dan pantas Pejabat Ahli Parlimen Pandan setelah mendapat maklumat tersebut turun bersama Jinggawanis menziarahi Pakcik Zaidon yang mewakili YB DS Dr Wan Azizah dengan menghulurkan sumbangan dan bantuan bagi meringankan penderitaan yang ditanggung oleh Pakcik Zaidon . 

Tahniah kepada Tim Jinggawanis Jingga13 Malaysia dan terus bergerak membuat pemantaun rakyat yang mengangkat BENDARA PUTIH.  


#prihatin

#jinggawanisjingga13malaysia

#benderapuitih