Friday 9 July 2021

JJINGGA 13 SABAH TERUS PRIHATIN SAMPAIKAN BAKUL MAKANAN KEPADA 6 KELUARGA DI PARLIMEN PAPAR

Jingga 13 Sabah yang diwakili Timbalan Koordinatornya Saudara Mugen telah memberikan sumbangan berupa bakul makanan kepada mereka yang memerlukan di sekitar Parlimen Papar Sabah.


Pada 7 Julai yang lalu, Jingga 13 Sabah telah memberikan bakul makanan kepada 6 buah keluarga yang memerlukan. Jingga 13 sabah jugak mendapati lebih ramai lagi rakyat yang sangat-sangat memerlukan bantuan terutamanya bekalan makanan bagi meneruskan kehidupan. Rakyat sudah Muak dengan kerajaan hari ini yang mementingkan keperibadian Menteri daripada membantu rakyat.