Saturday 3 July 2021

JINGGA13 SELAYANG BANTU 2 FAMILI YANG KIBAR BENDERA PUTIH , KEHABISAN BARANG MAKANAN , SUSU DAN PAMPERS ANAK

Hari ini , Jingga13 Selayang yang diketuai Koordinatornya Komrad Ibrahim Muhammad telah membuat rondaan sekitar Rawang untuk membuat pemantauan jika ada sesiapa yang menaikkan BENDERA PUITIH . 


Komrad Ibrahim tela menjunpai rumah yang menaikkan BENDERA PUTIH . Selepas membuat siasatan didapati keluarga india bernama  Pn Gunasunthari telah keputusan barangan makanan . Beliau sekeluarga tinggal  Jalan Desa Ria , Country Homes.  Rawang , Selangor .


Komrad Ibrahim telah menghulurkan barangan makanan seperti beras , bawang , minyak masak , susu krim , susu tepung Fenelte Kari Babas (ayan dan ikan ) . 

Rumah ke 2 pula ialah keluarga Melayu . En Zulkifli Ab Hakim seorang pemandu Grab yang sufah kehilangan mata pencaarian disebabkan PKP , memiliki 6 orang anak di Casaria Apartment Jalan Desa 10/2 , Bandar Country Homes,  Rawang, Selangor . 

Beliau memerlukan susu dutchbaby 0-1 bulan, dan pampers saiz XL untuk abak beliau . 

Komrad Ibrahim telah menyampaikan susu , pampers dan barangan makanan bagi meringankan mereka sekeluarga . 

Semoga sumbangan ikhlas tersebut dapat meringankan bebanan mereka.  Amin