Tuesday 6 July 2021

JINGGA13 KULAI JELAJAH PRIHATIN SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA KELUARGA HILANG PENDAPATAN KERANA PKP

Ribuan terima kasih kepada Komrad2 Jingga13 Kulai atas  kerjasama dalam usaha membantu rakyat khususnya masyarakat Kulai.


Kali ini, jelajah kami adalah di Taman Putri Kulai bagi menyampaikan barangan makanan (food bank/bakul makanan) termasuk sayur, susu bayi dan pampers/lampin pakai buang serta berpeluang menyantuni Ketua keluarga tersebut. Sumbangan dari para dermawan yang hebat. Sekalung penghargaan kepada sahabat saya, Tuan Amim dan Cikgu Opie. 


Kedatangan kami disambut baik dan mesra. Mendengar maklum balas, keluhan dan rintihan mereka yang hilang punca pendapatan bulanan kerana kemelut PKP yang panjang, SOP ketat dan pandemik Covid-19. Ketika ini, dia amat susah kerana ingin membayar komitmen atau tanggungan yang lain. Namun begitu, mereka tetap akur saranan Kerajaan dan patuh pada SOP serta menyahut seruan Kerajaan semasa tempoh PKP ini selain usaha memutuskan rantaian pandemik Covid-19. Terima kasih! 

Jika ada yang ingin membantu keluarga tersebut dari segi barangan keperluan atau peluang pekerjaan, boleh menghubungi Pihak Jingga13 Kulai. 

Sponsorship are most welcome to help people. 

Terima kasih atas sumbangan dan bantuan. Kerjasama berpasukan amat dihargai. Semoga anda semua dimurahkan rezeki, diberkati dan sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT. Hanya Allah sahaja yang membalas segala budi, jasa baik dan pengorbanan anda semua. Aamiin Ya Rabbal. ♥️♥️♥️

Rezeki dan kebahagian dikongsi bersama. Semoga pemberian kecil ini bermanfaat, memudahkan urusan mereka, dapat meringankan beban, mampu mengukir senyuman dan memulihkan emosi mereka. InshaAllah... Semoga ada sinar kebahagian kepada para penerima dan keluarga tersebut. Tanpa mengira kaum, bangsa, agama, jantina, etnik, latar belakang, kefahaman mahupun ideologi politik serta status seseorang. Kita bantu sesama manusia dan rakyat Malaysia.

Jingga13 Johor mengucapkan syabas dan tahniah kepada Koordinator nya Sdr Hamim Marjunit, Mohd Syafiq Hatta SU dan Penyelaras Dun Bukit Permai sarta Chegu Opie atas usaha membantu Pihak yang terkesan akibat pendemik.


#Jingga13Kulai

#MuafakatPrihatinBerani