Friday 30 July 2021

JINGGA13 KELANTAN ZIARAH PRIHATIN MANGSA KEBAKARAN RUMAH DI BACHOK, KELANTAN

Jingga 13 Negeri Kelantan telah melawat rumah kediaman Abg Yie Pak Mat yang terbakar minggu lepas di Kg. Pasir Puteh, Tepus, Lorong Kubur  Gunong, Bachok, Kelantan. 

Seluruh ahlii keluarga Abg Yie Pak Mat seramai 8 org telah kehilangan barangan dan dokumen penting kerana tidak dapat diselamatkan malah nereka sekeluarga tinggal sehelai sepinggan . Dianggarkan kerugian hampir RM50.0000 dan sehingga sekarang masih belum dapat mengetahui punca kebakaran tersebut.  

Komrad Riezal Abdul Rahim ,  Koordinator Jingga13 Negeri Kelantan , Komrad Mat Lazin Nawang , Timbalan Koordintor Jingga13 Negeri Kelantan dan Komrad Syuzyelawati Shafii , Setiausaha Jingga13 Kelantan turut menyampaikan sedikit sumbangan barangan makanan bagi meringankan bebanan mereka sekeluarga.