Friday 4 June 2021

JINGGA13 TERENGGANU DESAK ANAK MB TERENGGANU MOHON MAAF SECARA TERBUKA KERANA MENGELARKAN #RAKYATSAMPAH

Kenyataan Media

Jingga13 Terengganu


4 Jun 2021

JINGGA13 TERENGGANU DESAK ANAK MB TERENGGANU MOHON MAAF SECARA TERBUKA KERANA MENGELARKAN #RAKYATSAMPAH 

Jingga13 Terengganu kecewa dengan kenyataan yang dibuat oleh anak MB Terengganu dalam facebook beliau dengan menggelarkan #RakyatSampah . 

Inilah sikap sebenar yang telah ditonjolkan oleh pemilik akaun facebook Ami Samsuri yang merupakan anak YAB DS Dr Ahnad Samsuri Mokhtar Menteri Besar (MB) Negeri Terengganu yang 'lupa daratan' telah bersikap biadap dan kurang ajar dengan menggelarkan #RakyatSampah . 

Beginikah sikap dan pandangan seorang anak Menteri Besar terhadap rakyat? Kami sedar beliau sudah pasti berada dalam serba kesenangan dan kemewahan tidak sepatutnya menganggap rakyat sebagai sampah . 

Justeru Jingga13 Terengganu mendesak agar anak MB Terengganu tersebut memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan beliau yang menggelarkan #RakyatSampah .


Muafakat*Prihatin*Berani


SHARULNIZAM MAD SHAH

Koordinator

Jingga13 Terengganu