Thursday 3 June 2021

JINGGA13 PASIR GUDANG DAN BIRO KEBAJIKAN PARLIMEN PASIR GUDANG MEWAKILI YB HASAN KARIM DAN TURUT BERSAMA YB LIOW CAR TONG ADUN JOHOR ZIARAH PRIHATIN UNCLE KONG

03/06/2021 Pagi ini Team Biro Kebajikan Parlimen Pasir Gudang bersama Jingga 13 Pasir Gudang turun padang mewakili Yb Hassan Abdul Karim ke Bandar Baru Permas Jaya.

Mengikut SOP yang sudah ditetapkan,bersama Yb Liow Cai Tong Adun Johor Jaya kami ke Permas 6 untuk menyampaikan sedikit sumbangan berupa barangan keperluan makanan dari Yb Hassan dan Yb Liow kepada keluarga En Kong Hwee Chuan yang punya masalah kesihatan.

Menurut En Kong,akibat dari jatuh ditempat kerja hingga kini beliau sudah tidak boleh bekerja dan hanya bergantung kepada anaknya yang berusia 16tahun yang terpaksa berhenti sekolah kerana terpaksa bekerja untuk menyara keluarga.

Menurut En Kong lagi beliau telah memohon bantuan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan dalam menunggu jawapan kelulusan dari pihak JKM.

Pada tahun 2019 TNB telah memberhentikan bekalan tenaga kerumahnya kerana masalah tak dapat menjelaskan tunggakan bil bulanan tetapi pada awal bulan Mei lalu beliau ada menerima bil yang tertunggak dengan kadar agak tinggi..

Kami akan cuba bantu En Kong untuk mendapatkan jawapan-jawapan dari semua persoalan yang beliau harapkan dari jabatan-jabatan terbabit.

Terima Kasih kepada Yb Liow yang turut menyampaikan sumbangan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan En Kong dan semuga dengan sedikit sumbangan ini dapat meringankan bebanan yang En Kong dan keluarganya tanggung.