Thursday 10 June 2021

DYMM SULTAN SELANGOR TERKEJUT TERHADAP PEMBERIAN DOS VAKSIN DI NEGERI SELANGOR TIDAK SEPERTi DIJANJIKAN , JINGGA13 SELANGOR DESAK KERAJAAN PN HENTIKAN PERMAINAN POLITIK KOTOR

Kenyataan Media

Jingga13 Negeri Selangor


10 Jun 2021


DYMM SULTAN SELANGOR TERKEJUT TERHADAP PEMBERIAN DOS VAKSIN DI NEGERI SELANGOR TIDAK SEPERTi DIJANJIKAN , JINGGA13 SELANGOR DESAK KERAJAAN PN HENTIKAN PERMAINAN POLITIK KOTOR 

Jingga 13 Selangor hari ini menyokong dan bersetuju dengan titah DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah menzahirkan rasa terkejut dan sangat mendukacitakan setelah mendapati hanya 615,210 dos vaksin Covid-19 diberikan kepada negeri Selangor dan tidak sejumlah 2.9 juta seperti yang dijanjikan. Kerajaan Perikatan Nasional (PN) wajib menjawab kenapa ianya berlaku sedemikian rupa? 

Ekoran dari layanan yang langsung tidak memuaskan, jingga13 Selamgor ingin bertanya kemanakah perginya jumlah baki 2,284,790 dos vaksin Covid-19 tersebut serta bilakah rakyat Selangor akan mendapat vaksin seperti yang dijanjikan ??

Sepertimana yang diketahui umum, keseluruhan rakyat Selangor adalah seramai 6.5 juta penduduk, maka ia tidak boleh dinafikan bahawa peruntukan yang telah diberikan itu adalah jauh dan tidak seimbang dengan nisbah jumlah pemberian dos vaksin. 

Perlu diambil perhatian bahawa janganlah pula pada ketika ini, ada segelintir pihak yang bertanggungjawab mengambil peluang dan kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan berniaga vaksin ini dan akibatnya, rakyat akan terus menderita. 

Jingga13 Selangor tegaskan di sini pihak yang bertanggungjawab wajib mengambil berat isu ini kerana nyawa rakyat terancam dan berada dalam suasana yang sangat kritikal. Dos vaksin ini adalah sangat penting memandangkan peratusan virus Covid-19 ini meningkat hari demi hari, terutama sekali di Negeri Selangor. 

Tidak boleh dinafikan Rakyat Malaysia sedar  bahawa Selangor merupakan penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dalam Malaysia, maka keutamaan mesti diberi kepada rakyat Selangor demi menyelamatkan mala petaka yang dihadapi sekarang.

Jingga13 Selangor menyokong cadangan untuk menambahkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di sekitar Selangor khususnya di kawasan luar bandar adalah satu tindakan yang bernas. Tambahan pula pandangan DYMM Baginda supaya pemberian vaksin secara pandu lalu atau klinik bergerak mampu mempercepatkan proses dan meluaskan liputan vaksinasi turut di junjung rakyat Selangor seperti mana yang di amalkan di negara asing seperti di United Kingdom, Kuwait dan Amerika Syarikat.

Jingga 13 Selangor amat berasa terharu dengan keperihatinan Baginda terhadap rakyat jelata Selangor dari segi kebajikkan dan keselamatan.

Jingga 13 Selangor berharap pihak bertanggungjawab mengambil serius teguran dari Baginda memandangkan kes keseluruhan Covid-19 di Selangor sejak bermulanya pada Mac tahun lalu (2020) telah kini mencecah sebanyak 204,613 kes dengan angka kematian pula sebanyak 979, tertinggi seluruh negara Malaysia, manakala kadar pecahan pada hari ini (Jun 9, 2021) pula sebanyak 2,898 kes dan kematian sebanyak 18 orang. 

Apabila seluruh pelusuk dunia sedang bertungkus-lumus memerangi Covid-19, kami berharap khususnya bagi ahli-ahli politik Malaysia, hentikanlah segala permainan politik demi menyelamatkan nyawa rakyat. Jangan asyik berpolitik, sebaliknya segerakan untuk mendapat dos vaksin secukupya demi Rakyat Selangor seperti seruan Baginda bahawa nyawa Rakyat Selangor diberi keutamaan berbanding agenda-agenda lain sangat tepat. Sekali 

Jelas ia adalah tanggungjawab pihak bertanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat selaras dengan perkataan “Ihsan”.

Jangan sekali-kali menganggap bahawa nyawa rakyat adalah satu unsur dagangan semata-mata untuk mengaut keuntungan. 

Perlu ditegaskan disini bahawa mana-mana pihak yang didapati mengabaikan tanggungjawab ini, hukuman yang tegas harus dikenakan kepada mereka. 

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI


MIKHEAL ISKANDAR

Tinbalan Ketua Koordinator Pusat

Merangkap

Kordinator 

Jingga13 Negeri Selangor