Saturday 29 May 2021

Ucapan Dasar Cheif Fariz Musa Ketua Koordinator Pusat sempena Mesyuarat Agung Dwi Tahunan 2019-2020 Pertubuhan Kebajikan Jingga13 Malaysia .

 

Tema :

SEDEKAD JINGGA13 : TERUS MELANGKAH KEHADAPAN...

Pertamanya saya merakamkan kesyukuran di atas limpah rahim dan kurnia Allah SWt memberikan keizinan kepada kita pada hari yang mulia ini untuk mengadakan Mesyuarat Agong Dwi-Tahunan ( MADT ) 2019-2020 Pertubuhan Kebajikan Jingga13 Malaysia dengan mengangkat tema SEDEKAD JINGGA13 : TERUS MELANGKAH KEHADAPAN ( MOVE FORWARD ) .

Dalam kesempatan ini juga , kerana kita masih dalam bulan syawal , saya ingin mengucapkan Salam Idul Fitri , Maaf Zahir Batin kepada semua komrad pewakilan dan pemerhati .

Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Setiausaha Agung Sdr Afzainizam Abdul Rahman dan team Panatia Setiausaha Agung (MK dan Affendi) yang berusaha bertungkus-lumus hampir sebulan bagi menjayakan MADT ini ,  penghargaan kepada seluruh anggota Sekretariat Pusat dan seluruh perwakilan negeri , Jinggawanis dan Jinggawan di atas kesudian hadir ke Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Jingga13 secara maya melalui Google Meet . Ini merupakan pengalaman pertama dan mencatat sejarah bagi kita yang terpaksa mengikut norma baharu serta melaksanakan amanah dan tanggungjawab seperti ditentukan oleh perlembagaan Jingga13 . Saya mohon kemaafan jika berlaku kekurangan , kelemahan kerana ini adalah mesyuarat agung pertama kita adakan selepas kita diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan . Kerana sebelum ini kita ada NGO yang bergerak secara tidak sah. Hari ini adalah sejarah .

Pedemik Covic-19 yang melanda negara bahkan seluruh dunia telah merubah kehidupan seharian kita kepada
norma baharu . Sama ada kita suka atau pun tidak , kita terpaksa mematuhi SOP yang telah ditetapkan agar rantaian Covic-19 berjaya diputuskan .

Justeru bagi memenuhi tuntutan perlembagaan Jingga13 Malaysia , kita berdepan dengan Covic-19 dan PKP yang menyebabkan kita terpaksa menangguhkan MADT selepas mendapat kebenaran daripada Pendaftar Pertubuhan . Walaupun sekali lagi kita berdepan dengan PKP 3.0 , kita teruskan juga melaksanakan tanggungjawab untuk mengadakan  Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan iaitu 2019 dan 2020 secara maya .  Justeru tuduhan dan tomahan yang kita tidak mahu melaksanakan Mesyuarat Agung adalah tidak benar sama sekali .

PALISTINE BERDARAH LAGI

Selepas 11 hari menganyang , membedil dan membunuh rakyat palestine di Gaza akhirnya gentatan senjata berlaku menghentikan keganasan dan kezaliman rejim zionis Israel terhadap rakyat Palestine . Syukur doa kita telah dikabulkan oleh Allah SWT . 

248 orang rakyat Palistine telah dibunuh dan ribuan yang cedera angkara kezaliman dan keganasan tentera rejim Zionis Israel . Seolah-olah nyawa rakyat Palistine langsung tidak berharga . Melepaskan roket ke bangunan , kediaman , sekolah dan sebagainya . Genjatan senjata bukan bermakna segala jenayah yang dilakukan oleh rejim zionis Israel boleh dimaafkan dan dilupakan .

Sebelum ini Jingga13 Malaysia telah beberapa kali mendesak agar Perdana Menteri Muhyidin Yassin mengistiharkan Israel sebagai sebuah negara penganas serta menghentikan hubungan dagang Malaysia-Israel . Namun sehingga detik hari ini Perdana Menteri Malaysia terus membisu . 


Walaupun genjatan senjata telah berlaku di Gaza , jingga13 tetap tegas agar dua perkara tersebut dilaksanakan oleh Perdana Menteri dan Kerajaan PN.

SEDEKAD JINGGA13 TERUS MELANGKAH KE HADAPAN

Alhamdulillah , 13 Mei 2020 yang juga jatuh pada 1 syawal 1442H, kita menyambut idul fitri dan sambutan 10 tahun Jingga13 Malaysia , namun PKP membataskan kita .

Izinkan saya membaca ucapan DS Penaung Jingga13 Malaysia sempena sambutan 10 tahun Jingga13 Malaysia :

" AlhamdulilLah Jingga13 telah mengukir nama sebagai gerakan kebajikan rakyat yang dicerna dari semangat Reformasi .

Rakyat menuntut hak dan pembelaan . Sdr sdr tampil dengam gigih mengurangkan beban hidup yang ditanggung oleh rakyat miskin "

Anwar Ibrahim

Ini merupkan satu pengiktirafan dan penghargaan yang sangat bermakna daripada DS Anwar Ibrahim kepada Jingga13 terhadap kerja-kerja yang dilakukan oleh para komrad dalam membantu dan menyantuni golongan fakir miskin .

Tanggal 13 - 15 Mei 2011 , satu Kursus Media Baru yang mengumpulkan facebooker dan blogger dianjurkan oleh Jabatan Latihan dan Komunikasi Selangor (JLKS) yang saya ketika itu menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah JLKS bertempat di Laman Seri Hotel , Seksyen 13 , Shah Alam , Selangor Darul Ehsan .

Resolusi daripada kursus tersebut semua peserta bersetuju menubuhkan sebuah NGO bernama Jingga13 bagi tujuan menghadapi PRU13  . Daripada sebuah perkumpulan kecil yang asalnya hanya bergerak aktif di alam maya , menyerang UMNOBN , melalui facebook , twitter dan blog ketika itu , hari ini Jingga13 berkembang hampir ke seluruh negara mempunyai 10 cawangan negeri serta mempunyai hampir 30 cawangan parlimen .

Bermula dengan pendedahan Jingga13 terhadap berita palsu oleh TV3 mengenai surau Al-Musrikin , laporan polis yang dibuat pada 21Ogos 2011 yang mendapat liputan media maya , mencatat sejarah dan memperkenalkan Jingga13 , diikuti dengan isu sensasi National Feedlot Coperation (NFC) membantu Sdr Rafizi Ramli ketika itu telah mempopularkan Jingga13 sebagai NGO yang berani , dari isu NFC ke isu pendedahan kapal ZIM Israel di Westport , Pelabuhan Klang , menyertai setiap demonstarasi-demonstarasi ( ramai pimpinan Jingga13 ditangkap , dilokup dan didakwa ke mahkamah ) dan laporan polis serta SPRM berkaitan kebobrokan kerajaan UMNOBN ketika itu telah dibuat oleh Jingga13 . Menentang rasuah dan penyelewengan . Menjadikan Jingga13 sebagai sebuah NGO politik mesra Keadilan yang digeruni kerana keberaniannya .

Namun begitu , Jingga13 turut menjadi sebuah NGO yang membantu golongan asnaf dan fakir miskin , gelandangan , anak yatim , OKU , wargaemas , orang sakit dan orang yang dalam kesusahan tanpa mengira kaum , agama dan ideologi politik mereka , pengalaman membantu rakyat Kelantan dan Pahang yang mengalami banjir besar , dengan Misi Keprihatinan menghantar team Prihatin bagi membantu membersih rumah mangsa banjir , mengagihkan barang makanan , selimut , air bersih , dapur dan sebagainya .


Hari ini , Jingga13 daripada sebuah NGO yang haram kepada NGO yang sah , berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) . Dengan nama rasminya iaitu Pertubuhan Kebajikan JIngga13 Malaysia dengan singkatan Jingga13 Malaysia . Kita mula berdaftar selepas Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan setelah menumbangkan Kerajaan UMNOBN .Terima kasih dan penghargaan saya dan Jingga13 kepada sdr Mohd Sobri Azali a.k.a Kimi yang telah menjadi Setiausaha Penaja Pertubuhan Kebajikan Jingga13 Malaysia sehingga diluluskan oleh ROS . Jasa yang tidak pernah dilupakan .

MUAFAKAT-PRIHATIN-BERANI

Jingga13 Malaysia bermottokan MUAFAKAT -PRIHATIN -BERANI .

Muafakat dalam ertikata perpaduan dan penyatuan kita bersama termasuk fikrah dan tindakan . Kekitaan yang erat tiada yang berat , bersatu kita teguh , bercerai kita roboh , bulat ait kerana pembentung , bulat manusia kerana muafakat , hati kuman sama di cecah , hati gajah sama dilapah .

Kita wajar prihatin kepada segala yang berlaku disekeliling kita . Prihatin kepada isu semasa , prihatin kepada golongan fakir miskin , prihatin terhadap alam sekitar dan prihatin kepada isu-isu rakyat .

Berani kerana benar , berani memperjuangakan isu rakyat walaupun terpaksa berdepan dengan risiko , berani bersuara , berani untuk melakukan perubahan , kebaikan dan mencegah kemungkaran .

Ianya perlu dihayati oleh semua komrad Jingga13 Malaysia .

MUAFAKAT ITU BERKAT

Kekuatan kita adalah terletak kepada permuafakatan . Runtuhnya permuafakatan kita sudah pasti runtuhnya Jingga13 . Perbedaan pendapat dan kritikan itu penting , namun bukannya menyerang secara semborono , dengan tujuan mengaib dan menjatuhkan secara terbuka , apa lagi dengan fakta yang tidak benar , hilang rasa hormat dan kasih sayang . Siasatlah dahulu sebelum berkata-kata . Biarlah ianya berlaku dalam adab dan tertib , dalam rasa hormat dan tertutup . Barulah boleh berlapang dada dan hati terbuka.

Jingga13 ialah sebuah NGO yang berjuang secara sukarela . Melakukan kerja-kerja sukarela untuk membantu fakir miskin . Bukan sebuah NGO untuk mencari peluang demi kepentingan peribadi . Bukan sebuah syarikat yang perlu dibayar gaji . Jingga13 bukan tempat mencari 'sesuatu' ,  Jingga13 bukan tempatnya .   Ini tempat untuk melaksanakan kerja-kerja kebajikan membantu fakir miskin secara sukarela .

Namun begitu , kita tidak pernah mengabaikan komrad-komrad Jingga13 terutama dari sudut kebajikan terutama komrad-komrad yang memerlukan . Tapi kena beritahulah kalau tidak beritahu bagaimana hendak dibantu . Kita akan cuba sedaya untuk membantu . Sewaktu PKP 1.0 setiap komrad yang kita kenalpasti perlu dibantu akan kita hubungi , malah ada yang terus menghubungi kita untuk mendapat bantuan . Kita akan cuba membantu . Malah ada yang dapat 2 kali bantuan pun ada . Semua itu kerana keprihatinan kita dengam situasi para komrad . Kita ada rekod kepada siapa kita bantu . Namun adalah sangat  sedih , bila segala pertolongan yang diberikan tidak dihargai .

Setiap organisasi pasti akan berlaku krisis . Namun alhamdulillah , kita masih berjaya mengawal , bertahan dan maju kehadapan . Patah tumbuh silih berganti , walaupun yang tumbuh dan berganti itu tidak sama , namun tidak mengapa . Datang kita sambut dan jika hendak pergi tidak dihalau .  Jingga13 adalah lahir daripada hati nurani yang suci , kita bina Jingga13 daripada airmata dan keringat , penuh dengan suka dan duka , hilai tawa , kasih dan sayang , pahit dan getir , susah dan senang kita bersama . Pengalaman kita , mereka yg hatinya tidak jujur dan ikhlas , yang menyucuk dengan fitnah dan adu-domba untuk memecah-belahkan kita daripada dalam , yang mahukan sesuatu dalam jingga13 biasanya akan kecewa , kecundang dan terbongkar niat kotornya .Tiada yang kekal , yang kekal ialah mereka yang jujur , ikhlas dan setia kepada Jingga13 . Alhamdulillah , Allah masih selamatkan Jingga13 .

Pertahankan jingga13 , jangan nodai dan rosakkan ia. Jangan khianati , bersikap jujurlah kepada diri sendiri daripada menjadi petualang yang tidak bermaruah , menikam dari belakang , menjadi gunting dalam lipatan , api dalam sekam . Kalau sudah tidak suka pergilah dengan baik-baik . Jangan jadi barua kepada orang lain . Maafkan saya saya amat membenci pengkhianat dan pengkhianatan. Kita tidak mahu bersaing dengan sesiapa.

Muafakatlah kita. Jangan kita berpecah . Jangan kita bersengketa sesama kita yang akhirnya punah dan pecah , Selesaikan segala masalah dengan bijaksana .

BUAT KOORDINATOR NEGERI DAN PARLIMEN

Kepada para koordinator negeri dan parlimen , saya ingin menasihatkan agar jangan sesekali mencuri anggota orang lain dengam umpan janji dan harapan , biar jadi manusia bermaruah , jangan sesekali anggap program atau aktiviti orang lain menjadi program kita , biar ada integriti , buat program dengan kekuatan sendiri bukan kekuatan orang lain , bina kerjasama dalam organisasi di kalangan anggota sekretariat , bina hubungan baik dengan parti atau NGO lain dan saya sangat mengalu-alukannya kerana kita punya dasar terbuka , sedia berkelobarasi dengan siapa sahaja selagi ianya baik dan berguna untuk Jingga13 .

Kepada Koordinator negeri dan parlimen , jalanilah amanah yang diberikan . saya memerlukan koordinafor yang amanah terutama melibatkan wang , dana , sumbangan , sedekah , duit zakat dan sebaginya . Saya tidak akan berkompromi kepada orang yang tidak amanah dan kianat . Apa lagi terhadap orang yang makan duit orang miskin. Tolonglah , jangan makan duit orang miskin . Yang tidak amanah boleh pergi daripada  Jingga13 .

Jalankan aktiviti  dengan penuh aktif , terutama membantu fakir miskin . Bina kekuatan organisasi . Sebaiknya jangan bergerak secara individu . Tapi secara berkumpulan secara kolektif .

Kita adalah sebuah NGO yang sah disisi undang-undang . Kita boleh lakulan apa sahaja aktiviti dan program selagi ianya tidak melanggar perlembagaan Jingga13 dan undang-undang negara . Tiada siapa pun yang boleh melarang atau menghalang kita melakukan aktiviti apatah lagi dalam kerja-kerja kita membantu fakir miskin . Dan kita kena ada keyakinan diri untuk bergerak dan tidak memerlukan kita meminta kebenaran daripada sesiapa . Ada orang berkata kita adalah ditubuhkan oleh parti , itu adalah tidak benar sama sekali . Tetapi kita adalah mesra parti . Kita ingin membantu parti . Kita bukan sebahagian daripada parti . Parti tidak biayai setiap aktiviti Jingga13 . Tidak ada sama sekali . Dana kita datang daripada poket komrad sendiri , daripada kebijaksanaan komrad mendapatkan dana , sponsor dan sumbangan .

Namun Jingga13 terus berkembang mekar dengan pelbagai aktiviti terutama dalam membantu golongan fakir miskin . Hari ini saya ingin umum Sekretariat Jingga13 negeri yang terbaik daripada aktiviti dan prestasinya , diumumkan Johan Sekretariat Negeri Terbaik ialah Jingga13 negeri Johor di bawah kepimpinan Koordinatornya Komrad Zabidie Abas dan Naib Johan ialah negeri Perlis di bawah Koordinator Hasparizal . Manakala Jingga13 Parlimen Terbaik ialah Jingga13 Kluang , Johor . Wajar dicontohi oleh semua koordinator negeri dan parlimen . Tahniah kepada yang cemerlang . Walaupun Sdr Jaafar Matek , mantan koordinator Jingga13 Kluang sudah tidak bersama dengan kita lagi namun jasanya tetap kita kenang selamanya .

ANWAR IBRAHIM PERDANA MENTERI CITA-CITA KITA

DS Anwar Ibrahim adalah Penaung Jingga13 Malaysia . Sudah pasti kesetiaan kita kepada DS Anwar Ibrahim tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun . DS Anwar Ibrahim akan kita pertahankan kerana kita mempunyai cita-cita yang besar untuk melihat DS Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia .

Kita yakin DS Anwar Ibrahim mampu menyelamatkan negara ini yang telah dirosakkan oleh Kerajaan PN . Beliau sahaja mampu melaksanakan agenda reformasi bagi menjana ekonomi dan pentadbiran negara yang lebih baik untuk rakyat seluruhnya . Kita akan bekerja sebaiknya bagi memastikan DS Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia .

Sampaikan salam DS Anwar Ibrahim setiap kali kita berjumpa dengan orang miskin , gelandangan , wargaemas , OKU , orang sakit dan orang yang memerlukan bantuan . Kita akan terus berusaha bagi memastikan DS Anwar Ibrahim berada dalam hati rakyat .

TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN

Dalam kesempatan ini saya ingin merakamkn jutaan terima kasih dan penghargaan kepada mereka yang telah membantu Jingga13 , terima kasih dan penghargaan kepada DS Anwar Ibrahim (Penaung Jingga13 Malaysia), DS Dr Wan Azizah Wan Ismail (Ketua Penasihat jingga13 Malaysia) , YAB DS Amiruddin Shari (Dato MB Selangor) , YAB DS Aminudin (MB Negeri Sembilan) , YB Pn Rodziah Ismail (Penasihat Jingga13 Malaysia) , YB Hajah Natrah Ismail (Penasihat Jingga13 Johor) , YB Hassan Karim (Penasihat JIngga13 Pasir Gudang) , YB Hajah Fauziah Salleh (Penasihat Jingga13 Pahang) , YB Noor Amin Bin Ahmad ( MP Kangar), YB Jimmy Puah (ADUN  Bukit Batu) , YB Khuzan Abu Bakar (ADUN Semerah) , YB Nor Azam Karap ( Adun Kuala Perlis ) , YB Dr Azman Bin Ismail ( MP Kuala Kedah) , Pn Marjha Tuan Mat dan Tuan Cheam Wen Loong (Penasihat Jingga13 Perlis) , En Ishak (Insaf Malaysia) , Ustaz Hakim (Diwan Reformasi) ,  Sdr Md Khairuddin Hasim (MyCare Pahang) , Tuan Haji Fakhrul Anuar Zulkawi (Ketua Keadilan Cabang Kuantan) , En.Manivanan Karuppiah ( Ketua Keadilan Cabang Arau) , Syarikat Satu Creative dan  semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung membantu Jingga13 Malaysia , negeri dan parlimen . Semoga Allah membalas jua . 

PENUTUP

Dalam kesempatan ini , saya ingin merakamkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada Komrad Mikheal Iskandaar , Timbalan Ketua Koordinator , komrad Afzainizam Abdul Rahman , Setiausaha Agung di atas kesetiaan kepada Jingga13 daripada dahulu sehingga sekarang . Selamat datang kepada Bendahari Agung kita yang baru Komrad Zainuddin Awang , terima kasih kerana sudi bersama kita , tidak lupa komrad Mikheal , Milosuam , MK , Afendi , Z , Orenji ini batch pertama yang menjadi antara pengasas Jingga13 yang masih kekal dan setia bersama kita sehingga sekarang . Tiada mereka , tiada Jingga13.  Penghargaan juga saya kepada komradvLiny ,  Salman , Anjang , Paksu Fasel , Kuchai , Meir , Mirul , Joe , Z , Black , Izlin , Asuwadi , Tom , Arshad , Che E , Ayem , Maz , dan semua yang tidak mampu saya sebut di sini yang telah bersama Jingga13 , kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada Jingga13 , walaupun pelbagai suka dan duka kita lalui bersama . Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas jaga baik kalian semua .

Saya juga terharu kepada komrad-komrad baru yang tidak pernah kenal saya sepertimana komrad lain , yang tidak pernah kita berjumpa , bersemuka , tetapi sanggup bersama Jingga13 , setia kepada perjuangan Jingga13 . Rela menghabiskan masa , wang ringgit , tenaga untuk jingga13 sangat-sangat dihargai . Allah sahaja yang mampu membalasnya .

Akhir kata , terima kasih dan penghargaan sekali lagi kepada semua perwakilan dan pemerhati yang sudi hadir ke Mesyuarat Agung Dewi Tahunan Pertubuhan Kebajikan Jingga13 Malasysia . Selamat berMesyuarat Agung .

Terima kasih .