Wednesday 12 May 2021

PERUTUSAN KETUA KOORDINATOR JINGGA13 MALAYSIA SEMPENA IDUL FITRI DAN SAMBUTAN ULANGTAHUN KE10 JINGGA13

Assalamualaikum wth 

اللهُ أكْبَرُ اللهُ أكْبَرُ اللهُ أكْبَرُ، لا إِلهَ إِلاَّ اللهُ واللهُ أكْبَرُ اللهُ أكْبَرُ وَِللهِ الحَمْدُ

Alhamdulillah , pertamanya cip mengucapkan syukur kehadrat Allah SWT diatas limpah Rahman dan RahimNya , memberikan kesempatan kepada kita menyambut Ramadhan Al Mubarak dan kini menyambut Idul Fitri walaupun kita berdepan dengan PKP 3.0 yang mrmbataskan untuk kita menyambut idul fitri sepertimana dahulu .

Kesempatan ini jugak cip ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun ke 10 Jingga13 Malaysia yang juga jatuh pada hari ini 13 Mei 2021. 

10 tahun yang lalu , bertempat di Laman Sri Hotel , Seksyen 13 , Shah Alam pada 13 Mei 2011 , sejarahnya bermula sebekum PRU13 di Kursus Media Sosial anjuran Jabatan Latihan dan Komunikasi Selangor (SELKAD) maka lahirlah sebuah NGO yang bernama Jingga13 . 

Jingga13 terus bertahan dari keringat dan airmata , dari kesetiaan dan kejujuran , suka dan duka , penat dan lelah dan hilai ketawa kita bersama dalam suasana muafakat yang utuh dan kukuh . Namun kita tidak lari daripada pengkhianatan atau berdepan dengan permasalahan , tetapu Alhamdulillah , kita tangani dengan bijaksana dan sebaiknya mempertahankan Jingga13 agar terus kekal utuh dan relevan .

Bermula daripada bergerak dalam media sosil terutama Facebook akhirnya keluar di bumi yang nyata  , berdepan dengan kerajaan UMNO/BN tanpa gusar dan gentar . Bermula dgn isu NFC , Jingga13 terus bersinar , mengembangkan sayapnya dipersada politik negara . Namun begitu kerja-kerja kebajikan tidak diabaikan dalam membantu golongan fakir miskin dan mereka yang dalam kesusahan . 

Selepas Kerajaan UMNO/BN tumbang dan Kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih pentabiran negara , barulah Jingga13 didaftarkan di Pendaftar Pertubuhan dengan nama Pertubuhan Kebajikan Jingga13 Malaysia secara sah .

Kita terus bergerak secara aktif menubuhkan Jingga13 Negeri dan Parlimen . Alhamduillah kita mempunyai 11 cawangan Jingga13 Negeri kecuali Negeri Sembilan (masih dalam perbincangan) , Perak dan Wilayah Persekutuan . Manakala terdapat hampir 30 jingga13 Parlimen di seluruh Malaysia . In sha Allah Jingga13 Malaysia akan terus berkembang tumbuh di seluruh negara . Agar lebih ramai lagi fakir miskin yang dapat kita santuni . 

Hari ini Jingga13 terus bergerak dengan aktif melakukan aktiviti membantu dan menyantuni para asnaf , fakir miskin , OKU , warga emas , ibu tunggal , orang sakit dan sebagainya yang menjadi fokus utama pertubuhan Jingga13 . 

Cip merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua komrad Jingga13 Malaysia yang terus setia bersama Jingga13 Malaysia . Menjalankan aktiviti dengan ikhlas kerana Allah . Tanpa mengharapkan balasan dan mendambakan sesuatu dalam perjuangan ini .

Selamat menyambuat Idul Fitri , maaf zahir dan batin kepada semua komrad di seluruh Malaysia dan selamat menyambut ulabgtahun ke 10 Jingga13 Malaysia .

Muafakat*Prihatin*Berani


FARIZ MUSA

Ketua Koordinator

Jingga13 Malaysia