Sunday 30 May 2021

KHADARI KOORDINATOR BARU JINGGA13 PULAU PINANG GANTI ISKANDAR

Sdr Mohamad khadari bin Mad Salleh a.k.a Kod , 40 tahun telah dilantik sebagai Koordinator Jingga13 Pulau Pinang yang baru bagi mengantikan Komrad Iskandar yang terpaksa melepaskan jawatan di atas faktor kerja 

Jingga13 Malaysia merakaman jutaan terima kasih di atas komitmen yang diberikan beliau kepada Jingga13 sepanjang menjawat jawatan Koordinator negeri Pulau Pinang .

Sdr Kod yang berasal daripada Seberang Jaya , Parlimen Permatang Pauh , Pulau Pinang. Seorang aktif dalam Parti Keadilan Rakyat terutama di Parlimen Permatang Pauh . 

Pada tahun 2006 beliau dilantik Pengerusii MPKK Jalan Tenggiri Dun Seberang Jaya . Sdr Kod juga pernah menjawat jawaran Timbalan Ketua AMK Cabang Permatang Pauh pada tahun 2016 hingga 2019 . Sekarang beliau merupakan AJK Keadilan Cabang Permatang Pauh. 

Semoga perlantikan beliau akan mempergiatkan lagi aktiviti Jingga13 terutama dalam membantu golongan fakir miskin di negeri Pualau Pinang .