Sunday 2 May 2021

KETUA KOORDINATOR PUSAT DAN KOORDINATOR NEGERI HADIR MAJLIS IFTAR SEKRETARIAT JINGGA13 HULU TERENGGANU

Bertempat di Kuala Telemong , sdr Fariz Musa Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia dan Sdr Shahrulnizam , Koordinator Jingga13 Negeri Terengganu telah dijemput hadir ke majlis iftar Sekretariat Jingga13 Hulu Terengganu . 

Menurut Sdr Rosidi Ranun , Koordinator Jingga13 Hulu Terengganu , " Majlis iftar ini ada betujuaan mengeratkan silaturahim di kalangan anggota sekretariat dan mengadakan perbincangan berkaitan aktiviti Jingga13 Hulu Terengganu ". 

Alhamdulillah Jingga13 Hulu Terengganu semakin mantap dan bergerak aktif khususnya di kawasan DUN Telemong dan Hulu Terengganu  . Beberapa perancangan telah di buat terutama melaksanakan program Jejak Asnaf Ramadhan yang mana Ramadhan tidak lama lagi akan meninggalkan kita semua .