Sunday 2 May 2021

JINGGAWANIS PUSAT ANJUR PROGRAM JEJAK ASNAF RAMADHAN 2021 , RAIKAN 50 ASNAF SEKITAR DUN PANDAN INDAH PARLIMEN PANDAN

Pada 1 Mei 2021, Jinggawanis, Jingga13 Malaysia telah mengajurkan Program Jejak Asnaf Ramadhan 2021, yang melibatkan 50 keluarga asnaf sekitar DUN Pandan Indah , Parlimen Pandan .


Saudari Liny Obliza , Koordinator Jinggawanis Jingga13 Malaysia berkata  " Syukur Alhamdullilah dan terima kasih Jinggawanis tidak terhingga kepada Ketua Koordinator Jingga13 Fariz Musa kerana memberi peluang , pandangan dan kepercayaan kepada Jinggawanis Jingga13 Malaysia menguruskan Program Jejak Asnaf Ramadhan 2021 ini ".

Sambung beliau lagi " Jinggawanis turut merakamkan Jutaan Terima Kasih yang tak terhingga kepada para penyumbang terutama Ahli Majlis JKP ZON 17 diatas sumbangan berbentuk barangan keperluan asas, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pandan, Y.B. Tuan HJ. IR Izham ADUN Pandan Indah dan Pandanwanis " .





Turut hadir ialah Saudara Afzainizam Abdul Rahman , Setiausaha Agung Jingga13 Pusat bagi newakili Ketua Koodinator Pusat , Timbalan Koordinator Penerangan dan Komunikasi Saudara Amirul Azhan , Koordinator Panatia Prihatin dan Kebajikan Saudara Zamir, Timbalan Koordinator Jinggawan Saudara Salman Al-Mukhtaza , Koordinator Panatia Media Sosial dan Propaganda Saudara Kusyari Che Ros dan Komrad-komrad yang bersama-sama menjayakan Program Jejak Asnaf Ramadhan 2021.