Sunday 30 May 2021

JINGGA13 SABAH BERSAMA PKR BEAUFORT DAN SIPITANG ZIARAH MANGSA BANJIR DI BEAUFORT YANG PERLU AIR BERSIH

 29 Mei 2021 , Jingga 13 Sabah/Amk Putatan  Bersama PKR cabang Beaufort & PKR Cabang Sipitang yang diketuai oleh saudara Wendy Agong Baru ketua Cabang Sipitang, Saudari Manja Exco BE Keadilan, Puan Junaidah Ketua Srikandi Keadilan Sabah telah melawat kawasan banjir di daerah Beaufort. 


Dalam lawatan tersebut sebanyak 1,131 rumah yanh terlibat bencana banjir di N34 Lumadan antaranya ialah , Silaun Gadong ,48 buah rumah Kg Bintuka Padas Damit ,45 buah rumah Kg Tuhu lupak 75 buah rumah Kg Padas Damit, 99 buah rumah Kg Selinsing 47 buah rumah

6.  Kg Mejabai 48 buah rumah,  Kg Batanduk Batanduk. 67 Buah rumah, Kg Batanduk tangah 55 buah rumah, Kg Lumadan 387 buah rumah, Kg Luahan sanginan 250 buah rumah.

Hampir 200 Kotak Mineral water beserta face mask , baju terpakai dan sedikit keperluan asas telahpun berjaya diagihkan.

Dimaklumkan bahawa sudah hampir 2 minggu bermula dari bencana banjir ini bermula penduduk di daerah Beaufort telah terputus bekalan air bersih.

Kami menyeru agar kerajaan negeri terutamanya Majlis Daerah untuk menyelesaikan masalah ini dengan segera kerana bekalan air bersih adalah sangat penting bagi meneruskan kelangsungan hidup penduduk di daerah tersebut.

Diharapkan dengan adanya sumbangan yang telah diberikan dapat sedikit sebanyak membantu masyarakat di daerah Beaufort