Wednesday 5 May 2021

JINGGA13 PERLIS BERSAMA KEADILAN CABANG ARAU MASAK DAN AGIH BUBUR LAMBUK SEMPENA RAMADHAN AL MUBARAK

Pada 4 Mei 2021 Jingga 13 Perlis bersama Parti Keadilan Rakyat Cabang Arau telah berjaya mengadakan Program Memasak dan Edar  Bubur Lambuk di DUN Pauh .



Program ini telah berjaya menghasilkan 150 bekas bubur lambuk untuk diedarkan di sekitar DM Pauh dan DM Padang Siding . 

Terima kasih diucapkan kepada Ketua Cabang Arau Saudara Manivanan  , Ketua AMK Saudari Siti Nur Atikah, Ketua Wanita Nur Liyana , Naib Ketua Cabang 1 Saudara Nasir ,Setiausaha Pengelola Cabang Arau Saudara Sasitaran, AJK Cabang Arau Puan Hashimah yang melapangkan masa hadir untuk memberi sokongan semasa program ini.


Tidak lupa juga kepada Puan Tuan Marja Binti Tuan Mat Penasihat Jingga 13 Perlis , Koordinator Jingga 13 Perlis Saudara Rizal merangkap Naib Ketua 2 Keadilan Cabang Arau, Saudara Azzin  AJK Jingga 13 Perlis juga mewakili AMK Perlis , Saudari Hana dan Saudari Ina daripada Cabang Arau.



Semoga kolaborasi antara Jingga 13 Perlis dan  Parti Keadilan Rakyat Cabang Arau akan berterusan untuk program-program yang lain selepas ini.