Tuesday 4 May 2021

JINGGA13 KESAL DENGAN KENYATAAN AZAM BAKI YANG TIDAK MAHU SIASAT KES LOMPAT PARTI KERANA TIADA UNDANG-UNDANG , BUKAN ITU YANG DIPERTIKAIKAN

Kenyataan Media 

Jingga13 Malaysia 


5 Mei 2021


JINGGA13 KESAL DENGAN KENYATAAN AZAM BAKI YANG TIDAK MAHU SIASAT KES LOMPAT PARTI KERANA TIADA UNDANG-UNDANG , BUKAN ITU YANG DIPERTIKAIKAN 

Jingga13 Malaysia kesal dengan kenyataan yang dibuat oleh DS Azam Baki , Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyatakan tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ianya tidak menyalahi undang-undang negara ini.

Apa yang didedahkan oleh Mantan Ketua Polis Negara TS Abd Hamid Bador ialah bahawa wujud unsur rasuah berkaitan ahli politik lompat parti bagi mendapatkan habuan yang memerlukan SPRM untuk menjalankan siasatan dan mendakwa mereka sekiranya wujud amalan rasuah yang mendorong untuk mereka lompat parti . 

Ini seolah-olah SPRM cuba menutup amalan rasuah yang berlaku hingga wujudnya "katak-katak yang melompat sana sini " . Bukan soal tiada undang-undang negara melarang melompat parti , bukan itu yang dipertikaikan . 

Sekiraya DS Azam Baki merujuk kes YB Natrah bahawa tidak wujud pembayaran RM10juta sepertimana disebut oleh banyak pihak. Bagaimana sekiranya YB Natrah bersetuju melompat dan telah melompat parti ?

Kalau YB Natrah ditawarkan RM10 juta sekiranya beliau melompat parti , bagaimana pula dengan ahli-ahli politik yang sudah melompat parti ? Sudahkah SPRM menyiasat akaun mereka dan ahli keluarga mereka ? 

Tanggungjawab SPRM ialah melakukan penyiasatan kerana apa yangdi dedahkan oleh Mantan KPN adalah sangat serius . Pendedahan tersebut dilakukan oleh beliau ketika itu adalah Ketua Polis Negara , bukan seorang Ketua Kampung .

Sikap 'double standed' yang dilakukan oleh DS Azam Baki dilihat untuk menutup amalan rasuah yang berlaku dalam kes lompat parti sangat mengecewakan . Kalau institusi penguatkuasa rasuah negara cuba memanupulasikan pendedahan mantan KPN dan berusaha menutup amalan rasuah tersebut dengan siapa lagi harapan rakyat ? 


Muafakat*Prihatin*Berani


FARIZ MUSA

Ketua Koordonator 

Jingga13 Malaysia