Thursday 27 May 2021

29 MEI , MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN JINGGA13 MALAYSIA MELALUI GOOGLE MEET , BERTEMA "SEDEKAD JINGGA13 : TERUS MELANGKAH KEHADAPAN"

Jingga13 Malaysia akan mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan 2019-2020 secara sidang video "google meet" yang bakal melibatkan kehadiran hampir 60 orang perwakilan yang terdiri dariapada Anggota Sekretariat Pusat , perwakiln negeri , Jinggawanis dan Jinggawan . 

Menurut Sdr Afzainizam Abd Rahman , Setiausaha Agung Jingga13 Malaysia , " Mesyuarat Agung Dwi Tahunan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Jingga13 terpaksa ditangguhkan selepas mendapat kebenaran daripada pihak Pendaftar Pertubuhan ekoran daripada penularan Covic-19 dan PKP 1.0 . Justeru bagi memenuhi tanggungjawab tersebut kami mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Dwi Tahunan iaitu 2019 dan 2020 dan terpaksa diadakan secara maya iaitu sidang video "google meet" pada 29 Mei 2021 jam 2 petang ".

Tambah beliau lagi , " Tema Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Jingga13 Malaysia ialah SEDEKAD JINGGA13 : TERUS MELANGKAH KEHADAPAN (Move Forward ) dipilih agar memberikan motivasi kepada para komrad Jingga13 seluruh Malaysia meneruskan perjuangan tanpa menoleh ke belakang terutama dalam membantu para asnaf dan fakir miskin ". 

Semoga Mesyuarat Agung Dwi Tahunan 2019 -2020 tersebut berjalan dengan sempurna walaupun ini adalah pemgalaman pertama mengada mesyuarat agung dan lebih-lebih dengan cara sidang video yang merupakan satu catatan sejarah bagi Jingga13 Malaysia . Diharap tidak ada anasir yang cuba menganggu perjalanan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan tersebut .