Thursday 25 March 2021

SEMPENA HARI POLIS KE 214 , JINGGA13 KLUANG DAN PKR KLUANG ZIARAH PRIHATIN SARJAN (B) WAHAB DERITA SAKIT TUA

Khamis, 25 Mac 2021 bertrmpat di Taman Lambak, Kluang sempena Hari Polis, Jingga 13 Kluang bersama Keadilan Kluang mengadakan ziarah prihatin kepada Sarjan (B) Tuan Haji Abdul Wahab bin Sutan dirumahnya petang tadi.


Tuan Haji Abdul Wahab yang berusia 88 tahun mengalami sakit tua, hanya terbaring dirumahnya, beliau bersara dalam usia 60 tahun.

Kunjungan kemi disambut ramah oleh isteri dan anaknya, sempat bertanya khabar kepada Tuan Haji Abdul Wahab.



Turut hadir bersama2 dalam kunjungan petang ini, Sdr Kalytas, Ketua Cabang Kluang dan barisan ajk Cabang Kluang.

Sumbangan barangan makanan, kain pelikat dan pampers dewasa dihulurkan dalam kunjungan tersebut. Terima kasih kepada para penyumbang terutama SV Prohealth Pharmacy yang menyumbang pampers tersebut.

Sebelum pulang, kami dihidangkan dengan sedikit juadah oleh keluarga tersebut.


#PolisDan MasyatrakatBerpisahTiada

#Jingga13Kluang

#SelamatHariPolis