Monday 8 March 2021

KEMBARA KASIH JINGGA13 PERLIS DI DUN CHUPING BERSAMA KONVOI MOTORSIKAL , SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA YANG MEMERLUKAN

Pada 7 Mac 2021 yang lalu Jingga 13 Perlis telah menganjurkan satu program iaitu KEMBARA KASIH JINGGA 13 dengan kerjasama sukarelawan bermotorsikal daripada team TST bagi menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan di sekitar DUN Chuping , Padang Besar , Perlis.  Kembara ini bertujuan mendekatkan kumpulan bermotorsikal dan orang awam dengan program-program yang berteraskan kebajikan dan mendekati golongan yang tidak berkemampuan serta menghadapi masalah kesihatan.

 Kumpulan konvoi ini memulakan kembara bermotosikal ini dari Stesen Minyak Shell Kangar dan berhenti di Taman Rekreasi Tasik Melati untuk taklimat konvoi yang disampaikan oleh Saudara Rosmaini mewakili Jingga 13 Perlis. Kemudian kumpulan konvoi ini meneruskan perjalanan ke Batu Bertangkup , Belukar Lenga , Panggas dan Guar Nangka untuk menyampaikan sumbangan barang-barang keperluan yang disediakan oleh JIngga 13 Perlis.




Kembara Kasih Jingga 13 ini seterusnya  ke Banggol Sena untuk sesi penyampaian sijil penghargaan serta makan tengah hari di rumah komrad Jingga 13 saudari Atikah. Penyampaian sijil ini telah disempurnakan oleh Saudara Azzin mewakili Jingga 13 Perlis.Program ini berakhir pada jam 2.00 Petang.