Friday 12 March 2021

JINGGA13 SELANGOR ZIARAH PRIHATIN SDR BALAKUMARAN PESAKIT DIABETES , SAMPAIKAN SUMBANGAN DARIPADA YAYASAN AMAN


Jingga13 Selangor merakamkan jutaan terima kasih kepada Yayasan Aman yang telah berbesar hati  menyampaikan sumbangan tunai dan barang keperluan harian.

Jingga13 Selangor ziarah kasih dan menyampaikan sumbangan daripada Yayasan Aman tersebut kepada saudara Balakumaran a/l S. Subramaniam yang kini menghidap penyakit diabetes dip mana kedua-dua belah kaki beliau kini berlubang dan menyebabkan beliau sukar untuk bekerja kerana tidak mampu berdiri lama.


Menurut Sdr Mikheal Iskandaar Abdullah , Koordinator Jingga13 Selangor merangkap Timbalan Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia ."Kerja sambilan, beliau  mengutip kotak kitar semula di sekitar kawasan perumahan beliau.Kini beliau tidak dapat menjalankan kerja kerana kereta dimilikinya telah di tarik oleh pihak bank pada (Khamis 11 Mac 2021) ".

Di samping itu, beliau juga ada tiga orang anak yang masih bersekolah tetapi akibat kekangan ini, ketiga-tiga orang anaknya terpaksa berhenti sekolah dan bantu beliau.

Kini, hanya isteri beliau yang berniaga nasi lemak pada waktu siang.

Dengan ini, Jingga13 Selamgor berharap Tuan/Puan mampu menghulur tangan bagi meringankan beban beliau.

Segala butir saudara Bala adalah seperti tertera: 

Nama Penuh - Balakumaran a/l S. Subramaniam 

Nombor ACC - Maybank 114197316379

Nombor HP - 0162815813

Alamat - S.259 (bersebelahan Nurseri pokok) Jalan Tropicana Utara 

47410 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.