Sunday 14 March 2021

JINGGA13 MALAYSIA MENGESA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA TARIK BALIK KEBENARAN UJIAN SARINGAN COVIC-19 DI KLINIK SWASTA

*Kenyataan Media*

*Jingga13 Malaysia*


14 Mac 2021


JINGGA13 MALAYSIA MENGGESA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA TARIK BALIK KEBENARAN UJIAN SARINGAN COVIC-19 DI KLINIK SWASTA 

Jingga13 Malaysia menggesa agar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menghentikan dengan segera mengeluarkan izin KKM kepada klinik-klinik swasta dari menjalankan ujian saringan Covid-19.

Jingga13 Malaysia menerima aduan bertarikh 12 Mac 2021 di Marang, Terenganu di mana terdapat sebuah Klinik Perubatan Swasta 24 jam di Kuala Terengganu yang mengaut keuntungan dengan menggunakan alasan bahawa mereka telah mempunyai kebenaran dari KKM untuk menjalankan ujian rasmi saringan Covid-19, sedangkan keputusan saringan tersebut langsung tidak diterima bulat-bulat oleh mana-mana Klinik Kesihatan Daerah. 

Ternyata ini adalah satu penganiayaan dan reaksi oportunis mengambil kesempatan yang dilakukan oleh klinik-klinik swasta terhadap para pelanggan, semata-mata meraih keuntungan dengan mengenakan bayaran yang mahal sedangkan para pelanggan tidak mengetahui yang keputusan ujian saringan Covid-19 klinik swasta hanya mempunyai anggaran 70-80% kesahihan sahaja. 

Bukankah pelanggan membayar kos yang mahal untuk ujian tesebut adalah supaya mereka bokeh mendapati keputusan yang mempunyai 100% kepastian?

Jika begitu, adalah lebih elok KKM mengarahkan semua ujian saringan Covid-19 hanya dibuat di klinik-klinik kesihatan atau hospital-hospital kerajaaan sahaja di mana keputusannya adalah lebih sahih dan diterima pakai oleh semua pihak untuk pelbagai urusan rasmi Kerajaan. 

Sekiranya pelanggan membuat bantahan, dengan senang hati mereka jawab; "Buatlah aduan. Kami ada lesen(izin) KKM". 

Mereka semua ini berselindung di belakang izin KKM untuk menghalalkan tindakan perniagaan  sangsi mereka. Entah apa lagi mereka gasak dengan menggunakan izin KKM untuk menghalalkan aktiviti komersil mereka. 

Tarik balik izin tersebut atau KKM akan turut dituduh menganiayakan Rakyat. Bersekongkol dengan klinik-klinik swasta mengaut keuntungan atas penderitaan dan kesengsaraan Rakyat.


*muafakat*prihatin*berani 


FARIZ MUSA

Ketua Koordinator 

Jongga13 Malaysia