Monday 8 March 2021

JINGGA13 MALAYSIA DESAK SPRM AMBIL TINDAKAN SEGERA TERHADAP LAPORAN RASUAH OLEH YB NATRAH , AHLI PARLIMEN SEKIJANG

 Kenyataan Media 

Jingga13 Malaysia 

8 Mac 2021


JINGGA13 MALAYSIA DESAK SPRM AMBIL TINDAKAN SEGERA TERHADAP LAPORAN RASUAH OLEH YB NATRAH , AHLI PARLIMEN SEKIJANG


Jingga13 Malaysia mendesak agar satu siasatan dan pendakwaan segera dibuat terhadap laporan yang dibuat oleh YB Natrah Ismail , Ahli Parlimen Sekijang yang telah berlaku cubaan membeli dan memberikan sogokan kepada beliau untuk menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri ' Pintu Belakang' YAB Tan Sri Muhyidin Yassin .

Jingga13 Malaysia yakin , bukan sahaja YB Natrah Ismail , malah ramai lagi Ahli-Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Harapan yang telah atau akan dikunjungi oleh mereka untuk menawarkan janji manfaat yang boleh diperolehi dengan memberikan sokongan kepada YAB Tan sri Muhyiddin Yassin . 

Jingga13 Malaysia bangga dengan tindakan yang diambil oleh YB Natrah Ismail yang juga merupakan Penasihat Jingga13 Johor , yang berprinsip  , tidak mudah goyang walaupun dirasuah serta  pernyataan untuk tidak mengkhianati Parti Keadilan Rakyat dan khususnya para pengundi Parlimem Sekijang dan wajar dicontohi oleh Ahli-Ahli Parlimen .

SPRM jangan 'double standed' siasat dan dakwa segera !


MUAFAKAT * PRIHATIN * BERANI


FARIZ MUSA

Ketua Koordinator 

Jingga13 Malaysia