Sunday 21 March 2021

JINGGA13 KLUANG RAYU BANTU NEK SIAH , RUANGAN DAPUR MAKIN MEREPUT DAN KESELAMATAN TIDAK TERJAMIN

ingga13 Kluang menerima aduan tentang sebuah keluarga warga emas yang sangat-sangat memerlukan pertolongan bagi meneruskan kehidupan.

Atas sikap prihatin, Jingga13 Kluang telah pergi melawat warga emas tersebut pada hari Selasa, 16 Mac 2021.

Warga emas tersebut, Pn Siah binti Kassim, 85 tahun tinggal bersama anaknya, Pn Rokiah binti Hussien yang juga warga emas berusia 62 tahun. Pn Rokiah terpaksa bekerja sebagai pencuci pingan mangkok di sebuah kedai makan, berdekatan dengan rumahnya.



Keadaan rumahnya, di Taman Desa amat menyedihkan, ruangan dapur untuk memasak tidak dapat digunakan lagi kerana terlalu banyak yang bocor, apabila hujan, air semua akan masuk.







Didalam ruangan rumah yang sempit itulah, mereka memasak, tidur dan sebagainya, wayar2 elektrik juga dalam keadaan yang tidak sempurna.




Disini saya merayu kepada insan prihatin yang dapat membantu membaiki ruangan dapur rumahnya dengan anggaran kos RM3000.00 agar keluarga ini dapat meneruskan hidup dalam keadaan yang lebih selesa dan selama

Insyaa Allah, Jingga13 Kluang akan mengadakan gotong-royong membersihkan rumahnya pada hari Ahad, 28 Mac 2021.