Tuesday 16 March 2021

JINGGA13 BERA SAMPAIKAN AL-QURAN DAN TELEKUNG SOLAT UNTUK SURAU KAMPUNG ORANG ASAL KG. DURIAN KUNING YANG TERABAI

Program Wakaf Al-Quran Pasca Banjir Jingga13 Malaysia diteruskan ke Parlimen Bera yang akan diuruskan Jingga13 Bera . Parlimen Bera juga turut menerima banjir besar tempohari . Banyak surau dan masjid ditemggelami banjir .

Jingga13 Bera berbesar hati menyampaikaan 5 naskah Al-Quran dan 3 Telekung solat untuk wanita di Surau Kampung Orang asal di Kg Durian Kuning , Bera. 

Sdri Fieza.  Koordinator Jingga13 Bera menyampaikan 5 naslah Al-Quran dan 3 Telekong tersebut keoada wakil Orang Asal Kg Durian Kuning Sdri Sapiah bt Basi. 

Menurut Sdr Norfiza ," Terdapat hampir 20 orang saudara baru daripada kamlung tersebut dan penyampaian 5 naslah Al-Quran dari Jingga13 melengkapkan jumlah Al-Quran di Surau tersebut sebanyak 20 naslah kerana sebelum ini hanya ada 15 naslah sahaja ". 

Turut sama dalam majlis tersebut ialah Ahli Sekretfaiat Jingga13 Bera iaitu sdr Norazlan Zain dan Sdr Zainal Jusoh .

Semoga lengkapnya jumlah Al-Quran di Surau Kg Durian Kuning akan membantu untuk mereka belajar membaca Al-Quran . 

Jingga13 Bera agak terkilan apabila dimakumkan tiada guru Al-Quran yang dihantar oleh pihak yang berwajib dan bertanggungjawab dalam membimbing para saudaa baru Orang Asal. Difahamkan sdri Sapiah bt. Basi yang juga merupakan saudara baru mengambil inisiatif mengajar Al-Quran di situ. Satu perkara yang sepatutnya tidak berlaku .