Thursday 18 March 2021

FARIZ MUSA DIJEMPUT MENYAMPAIKAN UCAPUTAMA PROGRAM 'MUALIM 2021' ANJURAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Pusat Pendidikan Professional dan Lanjutan Univeraiti Utara Malaysia menganjurkan program MUALIM 2021 untuk Guru- Guru KAFA Daerah Langkawi, Kedah telah menjemput Sdr Fariz Musa , Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia sebagai salah seorang pengucaputama .


Ianya berlangsung pada 19 Mac 2021 , jam 3.00 petang secara Webex . Sdr Fariz Musa akan menyampaikan ucaptama beliau bertajuk "Mendidik generasi sukarelawan kreatif dan inovatif meyantuni masyarakat terpinggir ".

Jingga13 merakamkan jutaan terima kasih kepada Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan Univerisiti Utara Malaysia yang telah menjemput Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia untuk menyampaikan ucaptama sempena program MUALIM 2021 yang bermula 5 Mac sehingga 2 April 2021 .