Friday 5 February 2021

KEADILAN KLUANG BERSAMA JINGGA 13 KLUANG MELAWAT ADIK NOR RAHIL RAIHAN DI TAMAN ILHAM KLUANG.

 

Pada Khamis, 4 Feb 2021.  Keadilan Kluang bersama Jingga 13 Kluang meluangkan masa melawat keluarga Sdr Mohd Sharul di Tmn Ilham, Kluang.

Sayu hati melihat 2 orang anaknya, Nor Iman Shah, 12 Tahun dan Nor Rahil Raihan 3 Tahun mengalami penyakit lebihan cecair dikepala ( Hydrocephulas ).

Ketabahan Sdr Mohd Sharul dan isterinya dalam menjaga anak2nya sangat2 dikagumi, doa kami semoga keluarga ini sentiasa dipermudahkan Allah SWT.

Kunjungan kami petang ini disambut mesra Sdr Mohd Sharul dan berkongsi cerita tentang anak2nya.


Sumbangan barangan makanan, tissu basah, baju dan lain2 disampaikan dalam kunjungan tersebut.

Terima kasih kepada YB Chew Chong Sin, yang menyumbang barangan makanan dan juga para dermawan yang budiman.


Hadir menyampaikan sumbangan, Sdr Kalytas , Ketua Cabang Kluang, Sdr Zakaria, Naib Ketua Cabang, Pn Teh Ben Siang , Sdr Johan Arif dan Sdr Jaafar dari Jingga 13 Kluang.

#KeadilanKluang

#MuafakatPrihatinBerani