Saturday 6 February 2021

JINGGA 13 MELAKA ZIARAH KASIH 2 IBU TUNGGAL MISKIN

Khamis 4 Feb 2021 , Jingga 13 Melaka berkesempatan bertemu dengan 2 orang ibu tunggal yang memerlukan bantuan.


Keluarga pertama, Puan Elfa Syahrina tinggal di Ujong Pasir Melaka merupakan seorang warganegara Indonesia yang  berkahwin dengan lelaki tempatan. Suaminya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lepas. Ibu tunggal beranak 5 ini sekarang tidak bekerja dan tinggal bersama-sama 4 anaknya yang berumur di bawah 10 tahun. Anak sulung beliau berumur 20 tahun bekas pelajar sekoloah pendidikan khas tinggal bersama neneknya di kampung.


Keluarga kedua,Puan Julyana binti Rosli merupakan ibu tunggal yang mempunyai 3 anak, 2 daripadanya masih bersekolah. Ibu tunggal ini hidup dalam tekanan akibat kekangan kewangan dan masalah keluarga dan oleh sebab itu beliau  berulang alik ke hospital besar Melaka bagi mendapatkan rawatan pakar. Alhamdulillah, dengan ubat-ubatan yang diterima beliau masih mampu untuk meneruskan kehidupan.

Sumbangan dari Jingga 13 Melaka berupa bantuan makanan dan bantuan tunai.

Semoga diharapkan 2 keluarga ini tabah dalam mengharungi ranjau dan onak hidup.