Saturday 9 January 2021

JINGGA13 PAHANG BERSAMA NGO KUANTAN PRIHATIN GOTONG-ROYONG BERSIH RUMAH WARGA EMAS MANGSA BANJIR

Setiap kali berlaku banjir , yang paling menyedihkan dan melelahkan ialah untuk membersih dan memperkemaskan semula rumah yang dicemari oleh lumpur , sampah sarap dan kekotoran yang di bawa oleh air banjir. 

Di atas keprihatunan tersebut Jingga13 Pahang bersama NGO Kuantan Prihatin telah turun ke rumah warga emas iaitu Haji Murad yang merupakan bekas  Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dan isteri beliau juga merupakan bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Isap , Kuantan , Pahang bagi bergotong -royong membersihkan rumah mereka berdua yang tiada mempunyai anak  .