Friday 15 January 2021

Jingga 13 Negeri Perlis Bantu Sampaikan Sumbangan Kepada Penerima Di Bintong.

Khamis - 14 Januari 2021 -  Jingga 13 Kangar,Perlis membantu menyampaikan sumbangan daripada Tuan Marja Ketua Wanita Cabang Kangar kepada penerima yang memerlukan Di Bintong Kangar.


Wakil Jingga 13 Negeri Perlis, Sdra. Rosmaini  bersama Pn. Syiha, Komrad Jingga 13 Kangar, telah diamanahkan sebagai pemudah cara, dalam usaha menyampaikan sumbangan ini. Selain daripada itu pihak Jingga 13 Perlis juga akan membantu penerima ini untuk berurusan dengan agensi kerajaan seperti JKM dan Baitulmal .Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan sempurna serta dipermudahkan.